2 3

1.9K 100 6
                                    

"Aran kita dan sam-" 

Disaat jejaka itu menoleh memandang ke arah gadis itu. Kelihatan gadis itu yang sudah pun terlentok, menandakan dirinya sedang tidur.

Bibir jejaka itu mengukirkan senyuman tatkala melihat wajah tenang gadis itu. Tidak sangka akhirnya dirinya dan Aralyn telah pun berkawan semula setelah sepuluh tahun terpisah.

Setelah beberapa detik berlalu, barulah Sayf tersedar dari lamunannya. Tin air yang masih sejuk dibelinya di RnR tadi diambil lalu dilekapkan pada pipi gebu milik Aralyn.

Gadis itu tersentak lalu memandang ke arah jejaka itu dengan raut wajah tidak puas hatinya sambil mengelap pipinya yang basah itu.

"Kita dah sampai tuan puteri." Kata-kata Sayf itu membuatkan Aralyn memandang cermin sisinya, terlihat rumah teres dua tingkat itu diluar.

"Awak nak tidur lagi ke? Saya boleh tunggu kalau awak nak sambung tidur lagi," pelawa Sayf tatkala melihat Aralyn yang menggisai-gisai mata miliknya dengan kedua-dua belah jari telunjukknya.

Aralyn hanya menggeleng lemah.

Beg galas milik Aralyn dicapai oleh Sayf lalu dihulurkan kepada gadis yang masih mamai itu.

"Terima kasih," ucap Aralyn.

"Sama-sama. Kawan awak ada dekat rumah ke?"

"Ada. Dia dah tidurlah kot, sebab tu rumah gelap je," jawab Aralyn dengan matanya yang kelihatan layu memandang jejaka itu.

"Pergilah tidur. Teruk sangat rupa awak ni," suruh Sayf.

Aralyn melepaskan tawa kecil mendengar pernyataan daripada kawannya yang benar belaka.

Beg miliknya digalas sebelum pintu kereta itu dibuka oleh Aralyn.

"Bye," ucap Aralyn melambai-lambaikan tangannya, memerhatikan Sayf melalui cermin kereta yang telah diturunkan.

"Bye. Dah masuk cepat. Kunci pintu rumah tu dulu, baru saya balik."

Kereta milik Sayf masih tercegat di hadapan rumah teres itu. Jejaka itu memerhatikan pintu pagar yang sedang dikunci oleh Aralyn bagi memastikan gadis itu benar-benar selamat sebelum dirinya memulakan perjalanan.

Masuk sahaja Aralyn ke dalam rumahnya, kereta Sayf meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.

***

"Kau nak pergi mana pakai mask bagai ni?" soal Aralyn yang sedang duduk di ruang tamu sambil menonton siaran televisyen pada pagi itu.

"Aku nak keluar dengan Azfar," beritahu Maissa yang sedang memakai kasut talinya di hadapan pintu rumah itu.

"Memang kau orang berdua serius ke dengan rancangan nak rahsiakan identiti tu?" tanya Aralyn lagi.

"Ya. Kita orang okay je keluar macam ni. Selagi hubungan kita orang masih belum serius, selagi tu lah aku akan keluar dengan dia pakai mask," balas Maissa.

"Nak aku suruh dia pinang kau ke? Cepat sikit boleh kahwinkan?" Cadangan daripada Aralyn itu membuatkan Maissa memandang sahabatnya dengan pandangan tajam.

"Kau jangan nak memandai ya! Aku baru kenal dia tiga bulan lebih, tak akan aku terus je nak kahwin dengan dia. Be realistik sikit Ara!" bantah Maissa yang tidak bersetuju dengan cadangan Aralyn.

Aralyn tidak membalas, sebaliknya dirinya menjongketkan bahu sambil bibirnya dicebikkan.

"Kau tak ada nak keluar ke hari ni? Dengan Sayf ke?" Kelihatan wajah sinis Maissa yang mula meneka perkara bukan-bukan.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant