3 3

2.7K 116 1
                                    

Maissa menghitung hari sebelum dirinya akan sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak itu. Dirinya sudah sibuk dengan persiapan perkahwinan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Majlis itu bertempat di salah sebuah dewan di Johor yang diuruskan oleh perancang perkahwinan.

"Tak lama lagi sunyilah aku duduk sini seorang diri. Kawan aku ni dah nak kahwin dah," keluh Aralyn namun matanya masih tertumpu di skrin televisyen di hadapannya.

"Alah, kau pun tak lama lagi nak kahwin jugakan? Beberapa bulan je lagi, nanti kau pun pindah juga," jawab Maissa.

"Kau dah bersedia dah nak diperkenalkan sebagai isteri Azfar nanti? Makin popularlah kawan baik aku ni," soal Aralyn.

"Sebelum aku berkenalan dengan Azfar pun aku dah fikir fasal semua ni. Insya-Allah, aku bersedia. Doakan yang baik-baik untuk aku tau," pinta Maissa.

Aralyn merangkul bahu Maissa sebelum bersuara.

"Mestilah aku nak yang terbaik untuk kawan baik aku ni. Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau," ujar Maissa.

Telefon milik Maissa berbunyi, menghentikan perbualan mereka sebentar. Aralyn dapat meneka bahawa Azfar yang menjadi pemanggil di talian.

Setelah tamat panggilan tersebut barulah Aralyn membuka mulutnya.

"Azfar nak apa?" tanya Aralyn ingin tahu.

"Mak ayah dia ada dekat Johor. Dia orang nak jumpa aku. Aku keluar makan dengan dia orang kejap tau," beritahu Maissa sebelum menaiki tangga menuju ke biliknya.

Aralyn hanya mengangguk lemah sebelum pandangannya kembali tertumpu pada skrin televisyen. Kini, telefonnya pula berbunyi tanda ada mesej yang masuk.

Talia
Aralyn, jom kita jumpa.

Membaca mesej itu membuatkan dahu Aralyn berkerut. Kenapa pula Talia mahu berjumpa dengannya? Tiba-tiba pula tu.

Aralyn
Boleh. Tapi kenapa ya?

Talia
Awak dah tahukan yang Sayf sebenarnya sukakan awak? Disebabkan hari tu awak fikir saya teman wanita dia, saya nak jelaskan semua dekat awak.

Aralyn
Oh, boleh. Kita jumpa petang ni. Awak nak jumpa dekat mana?

Talia
Nanti saya hantar location.

***

Air coklat yang sudah sedikit suam itu dihirup oleh Aralyn. Suasana kafe itu membuatkan Aralyn terasa nyaman dengan hiasan-hiasan hipsternya.

"Aku selalu sangat makan dekat restoran Sayf sampai dah tak ada masa nak pergi tempat-tempat lain," fikir Aralyn di dalam benak fikirannya.

"Kenapa awak tiba-tiba berubah? Dulu bukan main awak tempah Sayf tu, suruh jauhkan diri saya dengan dia. Sekarang, awak macam dah bersetuju je dengan hubungan saya dengan Sayf," tanya Aralyn ingin tahu.

"Dia dah tolak pun cinta saya," beritahu Talia.

"Bila?" soal Aralyn yang seakan-akan terkejut.

"Lama dah. Setahun yang lalu. Waktu tu juga dia cerita pada saya yang dia ada rasa sesuatu pada awak tapi dia tak pasti dengan perasaan tu," balas Talia.

"Tapi kenapa awak selalu ada dengan kita orang berdua? Saya pelik dan rasa cemburu tau tengok awak rapat-rapat dengan Sayf." Luahan hati Aralyn membuatkan Talia melepaskan tawa.

"Sayf yang minta saya teman dia bila dia berjumpa dengan awak. Dia kata bila dia berdua je dengan awak, dia tiba-tiba je rasa gementar," ujar Talia.

Rindu Kita Yang Dulu ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن