1 6

2.5K 126 15
                                    

Pin! Pin!

Aralyn yang sedang mengunci pintu dikejutkan dengan bunyi hon yang datang daripada kereta milik Sayf.

"Kejap!" jerit Aralyn setelah melihat cermin kereta Sayf yang telah pun diturunkan, menandakan lelaki itu boleh mendengar suaranya.

Pin! Pin!

Hon tetap ditekan oleh jejaka itu sambil matanya memerhatikan Aralyn yang sedang tergopoh-gapah mengunci pintu rumah teres itu.

"Sayf! Kejaplah!"

Pin! Pin!

Sayf tersenyum melihat gelagat Aralyn yang seakan-akan sakit hati akan tindakannya itu.

Aralyn berlari anak ke arah Sayf sebelum dia membuat gaya seakan-akan ingin menampar Sayf.

"Bisinglah!" marah Aralyn sebelum menuju ke arah tempat duduk penumpang hadapan.

Sayf cuma melepaskan tawa, terhibur mengenakan gadis ini.

Akhirnya kereta milik Sayf selamat tiba di hadapan pejabat tempat Aralyn bekerja. Sayf memandang ke arah Aralyn yang sedang membetulkan tali bag sandangnya sebelum digalas.

"Datang restoran aku hari ni?" Pertanyaan Sayf itu membuatkan dahi Aralyn berkerut.

"Kenapa tanya lagi kalau dah tahu jawapannya?" Pertanyaan Sayf itu dibalas dengan pertanyaan.

"Bye!" ucap Aralyn sebelum menutup pintu kereta itu.

Sayf cuma tersenyum sambil kepalanya digeleng-gelengkan lalu keretanya dipandu ke arah restorannya yang tidak jauh dari situ.

***

Matanya melilau mencari keberadaan Sayf namun keberadaan jejaka itu tidak dapat dikesan.

Sepinggan nasi bersama sambal udang petai diletakkan di atas mejanya. Aralyn memandang ke arah pelayan itu dengan kerutan di dahinya.

"Tapi saya tak pesan-"

"Bos belanja," ujar pelayan itu memotong ayat Aralyn.

Aralyn memandang ke arah pintu dapur. Kelihat Sayf yang melambai-lambai melalui kaca jernih di pintu itu.

Aralyn cuma melepaskan tawa kecil tatkala melihat raut wajah Sayf yang kelihatan janggal itu. Pelik benar melihat Sayf yang cuba menunjukkan sisi mesranya yang berbeza daripada kebiasaan.

Namun Aralyn gembira kerana sedikit demi sedikit Sayf mula menerima dirinya masuk semula ke dalam hidup jejaka itu.

***

Mata Aralyn memandang ke arah kereta hitam milik Sayf yang telah pun diparkirkan di hadapan pejabat Syarikat Glorious. Kelihatan lelaki itu memerhatikan susuk tubuh Aralyn yang mendekati keretanya sebelum kaca mata hitam miliknya dibuka.

"Awal awak datang tunggu saya," tegur Aralyn tatkala dia menutup pintu kereta itu.

"Nanti kalau kau kena rompak buat kali kedua, aku juga yang susah," jawab Sayf.

"Risau juga awak dengan sayakan?" ujar Aralyn bergurau.

"Mestilah. Kalau tak siapa lagi nak risaukan kau."

Jawapan selamba Sayf dengan muka seriusnya membuatkan Aralyn geli hati lalu melepaskan tawa.

"Kau ni dah kenapa?" soal Sayf yang keliru melihat gadis yang ditumpangkannya itu tiba-tiba sahaja ketawa.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now