0 2

2.6K 131 9
                                    

Lelaki itu yang raut wajahnya tadi seakan-akan terkaku melihat Aralyn kini melemparkan raut wajah kosongnya, melihat Aralyn seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Ada apa cik nak jumpa saya ni?" Kedengaran nada formal digunakan oleh lelaki itu kepada Aralyn.

"Sayf. Aw-awak?" Aralyn menundingkan jarinya ke arah Sayf, tidak percaya lelaki yang selama ini dinantinya berada di depan matanya.

"Saya pemilik restoran ni," jawab Sayf dengan nada yang sama.

"Awak pergi mana selama ni? Ke-kenapa awak menghilang macam tu je?" soal Aralyn yang mempunyai banyak persoalan di mindanya kini.

"Kalau tak ada apa-apa saya masuk dulu." Sayf seakan-akan tidak mahu membahas perkara yang disoalkan oleh Aralyn, sebaliknya terus kekal profesional dan dingin.

"Jap!" pinta Aralyn sebelum berdehem dan membetulkan postur badannya untuk kelihatan formal tatkala dia teringat akan dirinya yang ke sini atas urusan kerja.

"Saya Naura Aralyn daripada majalah The Lifestyle. Tujuan saya panggil encik ni sebab saya nak temu ramah encik dan tulis artikel tentang restoran ini untuk isu bulan depan."

Kini giliran Aralyn pula berbuat sama seperti Sayf yang dari tadinya bersikap formal membuatkan lelaki ini yang tadinya berdiri mengambil tempat bertentangan dengan Aralyn.

"Majalah The Lifestyle? Maaf saya tak berminat," bantah Sayf yang memandang kosong wajah Aralyn yang duduk di hadapannya itu.

"Tapi kenapa? Kalau cerita tentang restoran encik ni dimasukkan ke dalam majalah, restoran encik ni mesti akan-" Belum sempat Aralyn memujuk Sayf untuk menerima cadangannya lelaki itu mencelah.

"Saya tak nak ditemu ramah. Saya tak nak restoran saya masuk dalam majalah. Saya tak nak ... semua ni." Sayf tetap dengan pendiriannya.

"Tapi encik-" Aralyn memberhentikan kata-katanya apabila dia melihat Sayf berdiri dan terus menuju ke dapur, meninggalkannya terpinga-pinga.

Matanya terus memandang pintu dapur yang sudah pun tertutup, masih tidak dapat memproses kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi.

***

Jam menunjukkan pukul enam petang menandakan waktu kerja Aralyn telah pun tamat serta masa yang sama Restoran In The Garden tutup.

Aralyn berdiri di hadapan pintu restoran itu, menanti Sayf untuk keluar dari restoran tersebut. Sayf yang baru sahaja hendak menuju ke arah keretanya memberhentikan langkahnya apabila melihat Aralyn yang tercegat di hadapan restoran miliknya itu.

Setelah beberapa saat, dia berpaling dan menyambung semula langkahnya menyebabkan Aralyn berlari untuk memberhentikan lelaki itu.

"Say tunggu!" pinta Aralyn yang akhirnya membuatkan lelaki itu akur.

"Aw-awak tak kenal saya ke? Saya Aran. Aralyn kawan baik awak dulu," soal Aralyn dengan tangan kanannya diletakkan di dadanya, memperkenalkan dirinya kepada lelaki ini.

"Jadi?" Jawapan lelaki itu membuatkan dahi Aralyn berkerut, terkejut dengan kata-kata jejaka ini.

"Jadi? Jadi awak cakap? Awak hilang macam tu je, lepas tu sekarang bila kita jumpa balik awak buat macam tak ada apa-apa yang berlaku je." Luah Aralyn.

Namun lelaki ini terus mendiamkan diri, memandang Aralyn dengan wajah tanpa emosinya.

"Awak pergi mana selama ni? Ke mana awak menghilang? Awak lenyap macam tu je daripada hidup saya."

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now