1 9

2.5K 107 4
                                    

Mesej masuk di telefonnya itu dibaca sebelum dia mengukirkan senyuman.

Azfar
Thanks, Aralyn! Akhirnya saya bebas!

Nombor Azfar didail lalu telefon miliknya itu diletakkan di telinga.

"Assalamualaikum, Azfar. Gembira nampak."

"Waalaikumussalam. Mestilah gembira. Lega rasanya bila dah luahkan rasa tak selesa saya pada Eliya dekat jurulatih saya."

"Macam mana reaksi jurulatih awak?"

"Dia cuma minta maaf dan janji yang dia akan jauhkan Eliya daripada saya. Saya harap Eliya tu lambat laun sedar yang saya memang langsung tak dapat nak terima dia lebih daripada seorang kawan."

"Insya-Allah. Doakan yang baik-baik."

"Kes saya dengan Eliya ni dah selesai. Bila boleh saya jumpa dengan kawan baik awak tu?"

"Nanti saya beritahu awak ya. Jangan risaulah. Dia pun suka dekat awak juga."

"Terima kasih banyak-banyak, Aralyn. Sudahlah awak menjadi penasihat saya, lepas tu awak tolong jodohkan saya dengan kawan awak pula."

"Sama-sama. Tapi kalau awak sakitkan hati Maissa, terimalah padahnya."

"Awak boleh percayakan saya. Saya betul-betul serius dengan kawan baik awak tu."

***

Aralyn memandang pakaiannya melalui cermin sambil dia memperbetulkan blazer hitam yang dikenakan bersama dengan blouse berwarna krim. Beg tangan dan fail kerjanya dibawa bersama sebelum pintu biliknya ditutup.

Baru sahaja Aralyn melabuhkan punggungnya di kerusi, matanya tertumpu pada sebuah kotak yang berada di atas mejanya di pejabat itu. Dahinya berkerut, tertanya-tanya siapa yang memberikan kotak hadiah itu kepadanya.

Melihat sahaja isi di dalam kotak tersebut, bibirnya mengukirkan senyuman. Dapat meneka si pemberi hadiah tersebut.

Terlihat sebuah rubik cube berserta nota yang ditampalnya di atasnya.

I still can't do this. *sigh* Help. :'(

Aralyn membaca nota itu dengan senyuman yang tidak lekang. Tidak sabar untuk berjumpa semula dengan jejaka yang menghilang buat kali kedua itu.

Tamat sahaja waktu bekerja, Aralyn bercadang hendak ke restoran untuk bertemu dengan lelaki itu. Namun, terlihat jejaka itu telah pun berada di hadapan pejabat tempat Aralyn bekerja. Dia sedang bersandar di tepi keretanya dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Menantikan kehadiran Aralyn.

Melihat sahaja susuk tubuh Aralyn, jejaka itu berjalan mendekati gadis itu dengan senyuman nipis dibibirnya.

"Nah." Rubik cube yang telah diselesaikan oleh Aralyn dihulurkan kepada jejaka itu.

Rubik cube itu diperhatikan oleh Sayf yang masih tersenyum.

"Mana awak menghilang? Sengaja nak tinggalkan saya buat kali kedua?" Pertanyaan Aralyn membuatkan Sayf melepaskan ketawa kecil.

"Aku perlukan masa untuk tenangkan fikiran."

"Jadi sekarang awak dah tenang?"

Sayf mengangguk lemah.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Where stories live. Discover now