2 1

2.2K 110 3
                                    

"Elok lagi ke basikal ni? Dah lama saya tak naik, kali terakhir pun dengan awaklah sepuluh tahun lepas," tanya Aralyn yang melihat Sayf membelek-belek basikal lama mereka.

"Awak tak ada bawa basikal ni lagi ke lepas saya pindah?"

"Tak. Kalau awak yang dapat basikal ni bawa pergi Johor, awak rasa awak akan naik tak?" soal Aralyn lagi.

Sayf menggeleng lemah.

Basikal yang mempunyai nilai sentimental itu membuatkan mereka teringat akan sesama sendiri. Sudah tentu hanya akan menambahkan rasa rindu sahaja.

"Saya nak pergi bandar. Awak tunggu sini nanti saya datang balik," beritahu Sayf.

"Nak buat apa?"

"Nak pergi baiki basikal kita ni lah. Boleh pusing satu kampung."

"Nak pusing satu kampung naik kereta pun boleh," ujar Aralyn.

"Tapi rasanya tak sama, Aran. Saya nak mengimbau kembali kenangan," jawab Sayf.

"Hampir satu jam berlalu, Aralyn menanti kepulangan Sayf yang ke bandar untuk membaiki basikal milik bersama mereka itu.

Siaran televisyen ditukar-tukar oleh Aralyn. Tiada cerita yang menarik perhatiannya.

"Aran! Aralyn!"

Mendengar namanya yang dipanggil oleh pemilik suara garau itu membuatkan Aralyn bangun daripada duduknya lalu menuju ke arah pintu.

Kelihatan Sayf yang sedang mengayuh basikal itu, membuat pusingan di hadapan rumah tersebut.

Cepat-cepat Aralyn mengenakan kasutnya, teruja melihat basikal itu yang sudah pun dibaiki.

"Wah, jomlah kita pusing satu kampung!" ajak Aralyn.

"Duduk belakang," suruh Sayf.

"Kenapa pula? Selalu saya yang bawa awak naik basikal ni," bebel Aralyn.

"Sebab tu lah kali ni saya pula yang kena bawa awak. Cepatlah naik!" suruh Sayf.

Perjalanan mereka ditemani dengan suasana nyaman kampung yang penuh dengan pokok-pokok itu. Kedengaran kicauan burung dan bunyi serangga yang berada di hutan itu.

"Dah lama tak naik basikal macam ni. Seronok!" ujar Aralyn sambil kedua belah tangannya didepakan ke udara, menikmati suasana kampung itu.

"Seronok sebab yang kayuh basikal ni hebat orangnya," kata Sayf memuji diri sendiri.

"Apa yang hebatnya? Saya ni lagi banyak pengalaman daripada awak tau! Lepas ni bagi saya pula yang kayuh basikal!" jawab Aralyn tidak sependapat dengan jejaka itu.

"Mana boleh. Kan saya dah cakap, sekarang giliran saya pula untuk bawa awak. Lagipun dah menjadi tanggungjawab saya untuk lindungi awak."

"Eleh," keluh Aralyn sambil bibirnya dicebikkan.

"Banyak bunyilah awak ni Aran!"

Akhirnya mereka berhenti di hadapan Kedai Runcit Pak Mat. Sengaja mereka ke sini memandangkan kali terakhir mereka datang, Sayf dan Aralyn masih tidak berdamai.

"Dah lama Pak Mat tak nampak basikal tu. Tak sangka cepat sangat kau orang berdua membesar," tegur Pak Mat yang memerhatikan mereka berdua dari kaunter pembayaran.

"Kami pun dah lama tak naik basikal ni, Pak Mat. Baru je pergi baiki tadi," beritahu Sayf yang sedang menuju ke arah bahagian makanan ringan.

Rindu Kita Yang Dulu ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant