2 0

2.6K 112 4
                                    

Aralyn berjalan riang menuju ke Restoran In The Garden setelah waktu bekerja tamat. Terlihat Sayf yang baru sahaja keluar daripada dapur.

"Hi, Say," tegur Aralyn.

"Hi, Aran. Dah habis kerja dah?" soal Sayf.

Aralyn mengangguk-angguk lalu mengambil tempat di salah sebuah kerusi di restoran tersebut.

Sayf duduk di hadapan Aralyn dengan kedua belah tangannya memangku dagunya. Terlihat senyuman di bibirnya yang sedang menatap wajah Aralyn.

Melihat lelaki itu yang tidak bersuara membuatkan Aralyn berasa pelik dengan kelakuan Sayf itu.

"Awak ni dah kenapa?" soal Aralyn dengan dahi yang berkerut.

"Saya gembiralah sebab dapat buat apa yang saya nak buat selama ni," beritahu Sayf yang masih tersenyum seperti kerang busuk.

"Saya pun tumpang gembira sebab awak dah berjaya buka-"

"Bukan fasal restoran ni lah." Sayf mencelah.

"Habis tu fasal apa?"

"Saya gembira sebab saya dapat kawan dengan awak semula. Selama ni apa yang saya buat semuanya bertentangan dengan apa yang saya nak."

"Maksud awak?"

"Waktu pertama kali saya nampak awak dekat restoran ni saya rasa gembira sangat. Saya rasa macam nak duduk dan berbual panjang je dengan awak, ambil tahu tentang kehidupan awak sekarang. Tapi bila saya tengok wajah awak Aran, kejadian dekat pantai tu pun sama bermain semula di fikiran saya. Jadi saya batalkan niat saya."

"Saya rasa macam dalam mimpi je dapat jumpa awak hari tu. Tapi bila awak layan saya macam orang yang awak tak kenal, saya rasa macam nak lari je dan bila saya fikir balik tujuan saya datang tu atas urusan kerja, saya cuba kuatkan diri saya," beritahu Aralyn.

"Sorry tau. Saya tak ada niat langsung nak lukakan hati awak. Saya terlalu risaukan awak sampai saya sanggup buang awak daripada hidup saya. Saya fikir itu yang terbaik untuk awak, tapi saya tak sedar yang kita sama-sama terseksa."

"Kita mula balik ya? Saya Aran kawan awak yang dulu, dan-"

"Saya Say, kawan awak yang dulu," sambung Sayf.

Setelah beberapa minggu berlalu, telah menjadi rutin untuk Aralyn ke restoran milik Sayf setiap petang setelah habis bekerja. Mereka akan menghabiskan masa berbual sambil mengemaskan restoran itu sebelum Sayf menghantar Aralyn pulang.

Pelbagai kejadian sewaktu mereka kecil dahulu dibangkitkan semula sewaktu mereka berbual. Terlalu banyak kenangan lucu yang dikongsi mereka bersama.

Hari ini Aralyn membantu Sayf untuk membasuh pinggan manakala jejaka ini mengemop lantai dapur tersebut.

"Awak tak beritahu lagi cerita di sebalik tema restoran ni pada saya. Saya tahu awak cakap sebab awak sukakan alam sekitar masa saya temu bual awak dulu, tapi saya dapat rasakan ada lagi yang awak rahsiakan daripada saya."

"Tema ni mengingatkan saya pada suasana tempat kita main dulu. Lagipun saya pernah beritahu awakkan yang saya nak buka restoran dalam hutan? Bila saya dah meningkat dewasa barulah saya dapat fikir dengan logik yang mustahil nak buka restoran dalam hutan belantara tu. Mungkin dengan pilih tema ni juga boleh lepaskan rindu saya pada kita."

"Saya teruja sangat bila dapat tahu yang awak pemilik restoran ni sebab bila saya tengok restoran ni buat kali pertama, nama awak yang muncul dalam ingatan saya."

Rindu Kita Yang Dulu ✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz