25 : coming to you

373 49 11
                                    

"Appa.. Chaeyoung minta maaf." ucap Chaeyoung, mencapai tangan bapanya, sebelah tangan lagi mencapai tangan ibunya, "Eomma juga, Chaeyoung minta maaf sebab tak dapat bertahan lama."

Kata doktor yang merawatnya, ususnya telah dicemari dengan racun yang telah dirembeskan oleh perutnya. Memandangkan racun tersebut memakan masa yang lama untuk bertindak balas, racun itu turun mencemari darah dan organ hempedunya.

"Chaeyoung, jangan macam ni. Kuatkan semangat ya, Chaeyoung boleh teruskan hidup lagi.." titip ibunya. Chaeyoung tersenyum kelat, menggeleng. "Tak boleh eomma.. Chaeyoung tak boleh makan, minum pun sedikit saja, mana mungkin Chaeyoung dapat bertahan." balasnya. "Appa.. Jaga eomma baik-baik ya?"

Bapanya mengusap kepala Chaeyoung perlahan, tangannya digenggam lebut, "Bertahan ya, Chaeyoung?" Chaeyoung tersenyum nipis, mengangguk perlahan. "Chaeyoung tak dapat bertahan lama lagi.."

Pintu wadnya dibuka, seorang doktor masuk diikuti Seonji dan Nakyung. "Kakak!" Seonji memandang Chaeyoung dengan pandangan yang kabur, "Chaeyoung.. Seoyeon—"

"Saya tahu Nakyung," Nakyung menunduk, mengalirkan air matanya, "Saya minta maaf sebab tak dapat halang Seoyeon." Chaeyoung menggeleng, "Tak Nakyung, awak tak bersalah pun." Chaeyoung mencapai lengan Seonji, "Seonji-yah, jangan menangis lagi, ya? Kakak akan cari abang di sana. Kakak janji."

"Appa... Kita jumpa lagi nanti ya?" Chaeyoung menghela nafasnya, memejam mata. Genggaman pada tangan bapanya dilonggarkan. 'Sunwoo, tunggu saya.'

"Ch-Chaeyoung. Chaeyoung?"

Buat terakhir kalinya, dia mendengar bapanya menyebut namanya sebelum derianya mula hilang, memandang kegelapan yang berada di sekelilingnya. Hanya seorang sahaja yang akan ditemuinya nanti, cinta pertamanya, Kim Sunwoo.

the end <3







Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now