07 : want him

211 47 4
                                    

Chaeyoung memandang siling biliknya, dia tidak boleh tidur pada malam itu. Seoyeon benar-benar salah faham terhadapnya. Apa patut dia buat sekarang? Dia juga sudah menghalang Sunwoo bertemunya lagi. Seperti mentol yang menyala dalam mindanya, Chaeyoung terfikir.

Seoyeon tiada apa-apa hubungan lagi dengan Sunwoo, sebab apa lagi dia perlukan kebenaran untuk jumpa lelaki tu? Lima tahun. Lima tahun perasaannya terhadap Sunwoo dipendam sendiri. Apa lagi yang menghalangnya memberitahu Sunwoo tentang hal tersebut? Tiada.

Aktiviti riadah pada hari itu diteruskan, Sunwoo mendekati kumpulan bola sepaknya, latihan hari ini perlu diteruskan juga. Chaeyoung yang berjalan berdekatan padang terhenti melihat Sunwoo yang sedang bermain di padang. 

Seperti waktu mulanya dia bertemu Sunwoo lima tahun lepas, lelaki itu sedang menjalankan aktiviti jasmani. Lelaki itu memakai jersi pasukannya, masih berkeringat kerana sedang membuat aktiviti. Lamunannya terhenti apabila dia melihat Sunwoo tertunduk, memegang kepalanya. Lelaki itu akhirnya jatuh ke tanah, tidak menyedarkan diri.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now