05 : back.

421 83 7
                                    

Syarikat keluarga Lee kini sudah stabil, ibu bapa Chaeyoung merancang untuk mengajak Chaeyoung ikut serta dalam membangunkan syarikat itu selepas tamat pembelajarannya. Kakak Chaeyoung, Hyeji turut membantu menyelesaikan krisis yang melanda syarikat itu.

Hujung bulan tiba, Chaeyoung kembali ke rumahnya. Dia gembira melihat ibu bapanya kini mempunyai masa terluang. Boleh la dia chill dengan keluarganya. "Chaeyoung okay belajar di sana?" soal ibunya. Chaeyoung tersenyum lebar, mengangguk. Bukan dia okay belajar di sana, hari-harinya cuma dipenuhi dengan Sunwoo walaupun dia sedang belajar, ada sahaja perkara yang boleh dikaitkan dengan Sunwoo dalam otaknya.

"Lepas belajar nanti, Chaeyoung join company ya?" ajak bapanya. Chaeyoung mengetap bibir, tidak tahu jawapan apa yang sesuai untuk diberikan ketika itu. "Appa tak paksa Chaeyoung ya? Chaeyoung fikirkanlah."

Chaeyoung memutarkan pen di tangannya. Buku notanya diselak. Banyak muka surat telah dibazirkan kerana catatannya hanyalah tentang Sunwoo. "Aku buang masa ke tengok lelaki tu?" fikir Chaeyoung. Pen ditekan, mula mencatat isi hatinya di atas kertas tersebut.

Hai Sunwoo?
Chaeyoung ni. Mungkin awak tak sedar pun kewujudan saya dan tiada sebab pun saya catat semua ni atas kertas ni.
Sunwoo, kalau satu hari nanti awak cari saya, dan ketika itu saya tidak lagi memerhatikan awak, tolong tahu yang saya keliru dengan perasaan saya.
Awak mungkin tak ambil tahu, tapi setiap kali saya perhatikan awak, saya rasa senang.
Jampi apa awak buat sampai saya rasa macam ni?
Maaf Sunwoo, kalau awak tahu yang saya selalu perhatikan awak, mesti awak fikir saya jahat, obses macam sasaeng tu kan?
Tak Sunwoo. Saya cuma perhatikan awak dari jauh, tiada siapa pun tahu, kecuali Nakyung.
Nakyung orang yang baik, saya suka kawan dengan dia.
Sunwoo, kalau saya tahu tentang perasaan sebenar saya, saya takkan beritahu awak.
Awak akan marah saya, itu perkara yang paling saya takutkan.
Semoga awak elok saja ya?

- Lee Chaeyoung.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now