22 : with you

215 43 1
                                    

Chaeyoung keluar daripada bilik mayat itu bersama Seonji. Helaan nafas dikeluh perlahan, kalaulah dia diberi pilihan, dia takkan setuju dengan bapanya yang memintanya berpindah sekolah.

Kenapa? Supaya dia tak perlu kenal dengan Sunwoo, rapat dengan Nakyung dan Seoyeon dan akhirnya menyimpan perasaan terhadap lelaki yang merupakan teman lelaki kawan baiknya sendiri. Perit untuk ditelan, namun itulah realitinya.

"Kakak.." Chaeyoung berpaling ke arah Seonji yang memanggil, "Boleh kakak ikut Seonji pulang ke rumah?"

Chaeyoung melangkah masuk ke dalam bilik yang dibuka oleh Seonji, "Ini bilik abang, appa minta Seonji kemaskan, kakak boleh tolong?" Chaeyoung tersenyum kelat, mengangguk. Cadar tilam, sarung bantal dan selimut ditanggalkan dan dialihkan daripada katil, memperlihatkan ratusan gumpalan kertas, coretan Sunwoo yang disimpan di bawah cadar katilnya.

"A-apa ni?" fikir Chaeyoung, membuka satu persatu kertas sebelum dihulurkan kepada Seonji. "Abang, selalu fikir appa dan eomma sayangkan Seonji lebih daripadanya." Seonji membuka cerita, membiarkan Chaeyoung diam dan mendengar.

"Tapi abang tak tahu, selama abang tinggal di asrama, hampir setiap hari eomma cakap tentang dia, abang buat apa, dah makan ke belum?" Chaeyoung terpempan. "Sebenarnya, kenapa Sunwoo masuk sekolah berasrama?" Seonji menghela nafas,

"Dulu, abang selalu dapat keputusan yang teruk, kata eomma abang kena masuk asrama untuk perbaiki lagi, tapi bila abang pilih untuk tinggal di asrama, eomma halang tapi abang tetap nak pergi." luah Seonji lagi. "Seonji tak thu nk beritahu macam mana, tapi Seonji sayang abang, Seonji tak mahu abang rasa berat sebelah dengan layanan eomma dan appa."

"Tapi bila abang dah duduk rumah semula, abang asyik terperap dalam bilik, tak makan. Satu hari, Seonji sendiri nampak abang jatuh, tak sedarkan diri. Bila bawa ke hospital, doktor beritahu sel kanser abang dah merebak."

Chaeyoung menepuk bahu Seonji, menenangkannya. "Sunwoo tahu yang Seonji kuat, jangan menngis lagi ya? Kita teruskan hidup kita macam biasa." titip Chaeyoung, memeluk tubuh gadis itu. Sunwoo, ramai orang sayang awak di sini, awak pergi terlalu cepat.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now