02 : assumption

291 54 6
                                    

Nakyung berjalan pulang ke rumahnya selepas membawa Seoyeon pulang. Dia begitu letih pada hari itu. Harap-harap Seoyeon dapat tenangkan diri di rumah. Nakyung seterusnya terserempak dengan Chaeyoung semasa berjalan ke perhentian bas. "Chaeyoung? Awak masih belum pulang?"

Chaeyoung mengesat wajahnya lalu memandang Nakyung, "Belum, saya ada discussion tadi di kuliah." balas Chaeyoung. Nakyung menghela nafas, "Seoyon okay saja, dia nak tenangkan diri dulu." beritahu Nakyung tanpa disoal. "Sayang betul dia pada Sunwoo." ucap Nakyung. Chaeyoung memandang Nakyung, menggenggam hujung pakaiannya.

"Chaeyoung."

"Saya minta maaf, tapi saya ada soalan nak tanya pada awak, boleh kan?" Chaeyoung tidak memberi sebarang respon mendengar soalan Nakyung. "Awak masih sukakan Sunwoo?" Chaeyoung tersentak. "Saya—"

Nakyung menghela nafas, "Tak mungkin, kan?" katanya. "Dia kan teman lelaki kawan baik awak," sambung Nakyung. Namun, jawapan itu tidak keluar daripada peti suara Chaeyoung sendiri, jadi masih tak tahu perasaan sebenar Chaeyoung terhadap Sunwoo.

Chaeyoung mendiamkan diri, dia masih ada perasaan terhadap lelaki itu, susah sekali buatnya untuk membuang perasan tersebut. Dia tahu itu satu kesalahan terbesar yang pernah dibuat dalam hidupnya, menyimpan perasaan terhadap teman lelaki kawan baik sendiri.

"Seoyeon!"

Seoyeon mengabaikan suara yang memanggil, terus berjalan melangkah masuk ke dalam bangunan fakulti. Chaeyoung uang mengejarnya terus mematikan langkah, menghela nafas, "Seoyeon nak cepat kot." fikirnya. Dia memandang jam tangannya, dia juga sudah lambat. Langkahnya terus diatur mendekati bangunan fakultinya.

Melihat Chaeyoung yang semakin menjauh, Seoyeon menghela nafas. "Awak lari daripada Chaeyoung ke," Seoyeon tersentak, dia pantas berpaling, melihat Nakyung di belakangnya. "M-mana ada!" nafi Seoyeon. Nakyung menghela nafas. "Chaeyoung takda kena mengena dengan hubungan awak dan Sunwoo."

Pain ; Kim Sunwooحيث تعيش القصص. اكتشف الآن