13 : the real

214 45 1
                                    

Sunwoo berhenti di hadapan apartmen yang didiami Chaeyoung. Gadis itu kelihatan mendekatinya, membawa beg galas kecil di bahu. "Dah? Jom," ajak Sunwoo sebelum lengan bajunya ditarik perlahan. "Ah Sunwoo." Sunwoo berpaling, "Kenapa?"

"Awak nak makan tengah hari dulu, ya?" Sunwoo mengangguk, Chaeyoung menggaru kepalanya yang tidak gatal, "Sebenarnya..."

"Sunwoo?" soal ibunya, Chaeyoung mengangguk, "Dia nak jumpa doktor hari ni, Chaeyoung teman." beritahunya, "Makan?" Chaeyoung duduk di hadapan ibunya yang sedang menghidang lauk makanan tengah hari. "Nanti makan dulu lah, ajak Sunwoo sekali." Chaeyoung terpempan, "Betul ke eomma?" soalnya. "Ya lah, appa pun balik makan tengah hari, awak makan kat luar."

"Jadi.. Boleh tak?" soal Chaeyoung. "Betul ke, Chaeyoung? Segan—" Chaeyoung menggeleng, "Eomma dah siapkan makanan dah, tinggal makan je." cerita Chaeyoung lagi. "Okaylah," akhirnya Sunwoo menerima pelawaan Chaeyoung untuk makan tengah hari di rumahnya.

"Panas ya, di luar." Sunwoo tersenyum melihat lauk pauk yang dihidang oleh Puan Seo, ibu Chaeyoung. "Makanlah," pelawanya. "Eomma makan lah sekali!" ajak Chaeyoung. "Eomma tunggu appa balik, Sunwoo dengan Chaeyoung boleh makan dulu," Chaeyoung menggeleng, "Chaeyoung tunggu appa jugalah," Sunwoo mengangguk, memandang telefonnya.

Bapa Chaeyoung sampai tepat pada masanya, berjalan ke dapur, melihat kehadiran Sunwoo di meja makan. "Makanlah, jangan segan-segan."

Selepas makan tengah hari, Sunwoo berjalan bersama Chaeyoung keluar daripada apartmennya, kini ke perhentian bas untuk ke hospital. Berjalan di bawah sinaran matahari, Sunwoo mula berasa letih, "Sunwoo? Kenapa ni awak pucat je?" soal Chaeyoung.

Tubuh Sunwoo dilihat tidak stabil sebelum Chaeyoung mencapai lengannya, dia benar-benar tidak sedarkan diri.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now