04 : secret.

423 89 7
                                    

Walaupun sudah membiasakan diri dengan persekitarannya, Chaeyoung masih tidak dapat bersosial dengan mudah. Rakannya hanya Nakyung dan Seoyeon sahaja, dan mungkin dia hanya bercakap dengan rakan sekelas dan gurunya. Orang lain? Mungkin tak pernah dengar pun suaranya.

Dan Chaeyoung masih memerhatikan Sunwoo dalam diam, dia tak tahu apa perasaannya terhadap lelaki itu, mungkin dia cuma senang melihat kewujudan lelaki itu. Tempat duduknya yang terletak di tepi tingkap memudahkan sehariannya melihat Sunwoo. Setiap hari Selasa dan Khamis, Kelas 2 ada kelas jasmani. Dia selalu melihat keberadaan Sunwoo dalam diam ketika itu.

Bila habis sekolah, dia selalu ke perpustakaan, tak kira bersama Nakyung dan Seoyeon atau tidak, dia tetap akan pergi. Alasannya mahu mengulang kajilah tetapi dia pulang ke bilik dengan buku yang berseni sahaja, tiada nota kerana dia berada di perpustakaan semata-mata untuk memerhati Sunwoo dalam diam.

Satu hari, Nakyung tiba-tiba mendekati Chaeyoung, "Sunwoo tu selalu ada di perpustakaan setiap kali habis kelas, dia selalu terlepas pelajaran sebab latihan sukannya." Chaeyoung memandang Nakyung, tidak percaya. "Kenapa awak beritahu saya?" soal Chaeyoung. Nakyung tersenyum nipis, "Saya tahu awak selalu perhatikan Sunwoo, dia satu-satunya pelajar kelas 2 yang ikut serta acara sukan, jadi dia tiada kawan untuk ulang kaji sekali dengannya." beritahu Nakyung lagi.

"Setiap kali kelas jasmani awak akan pandang luar tingkap, Chaeyoung. Saya perasan," beritahu Nakyung. Chaeyoung mengetap bibir, "B-bukan macam tu, Nakyung." dia menghela nafas. "Saya tak sukakan Sunwoo,"

Nakyung mengangkat alisnya, "Saya tak kata pun awak sukakan Sunwoo?"

Dan Chaeyoung sendiri keliru dengan perasaannya. Dia tidak lagi memerhati Sunwoo dalam diam.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now