05 : please stop

242 50 8
                                    

Sunwoo bangun dari katilnya, sinaran mentari yang menusuk matanya turut memenuhi ruang bilik tersebut. Sunwoo menghela nafas, dia perlu bangkit dari katilnya, kuliahnya akan bermula satu jam saja lagi. Namun, dia terlalu letih untuk bangun dan bergerak. Cermin besar di hadapannya memantulkan imej wajahnya.

Wajahnya yang lesu dan tidak bermaya. Sunwoo memejamkan matanya, menggenggam selimut yang menutub tubuhnya. Fabrik itu akhirnya dialih ke tepi, Sunwoo bangkit dan berjalan menuju ke tandas.

Chaeyoung keluar awal untuk pulang ke rumah, nambun tubuh Sunwoo yang menunggunya di hadapan bilik kuliahnya membuatkan hasratnya untuk berehat di rumah terkubur begitu sahaja. "Saya nak cakap dengan awak, sekejap." beritahu Sunwoo. Chaeyoung menggenggam erat bag yang digalas di bahunya, mengangguk.

Sunwoo membuka begnya, buku nota berwarna biru dikeluarkan dari dalam begnya. Buku itu milik Chaeyoung lima tahun lepas. "Mana awak dapat buku ni?" soal Chaeyoung. "Buku ni ada dalam pejabat appa, saya nak pul—" Chaeyoung terus mengambil buku itu dari tangan Sunwoo.

"Awak ada baca ke?" Sunwoo menggeleng. Chaeyoung menghela nafas lega. "Saya ada perkara nak beritahu awak juga," beritahu Chaeyoung. Sunwoo mengangkat alisnya, menunggu. "Saya tak mahu Seoyeon salah faham, jadi saya harap awak tak cari saya kecuali kalau awak ada hal penting." beritahu Chaeyoung. Sunwoo mengangguk, faham.

Seoyeon itu kawan baik Chaeyoung, dia perlu menjaga perasaannya juga. "Terima kasih sebab kembalikan buku ni, saya pulang dulu. Jumpa lagi,"

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now