12 : the cheers

199 51 2
                                    

Rancangannya mahu bertemu Nakyung di kafe berubah apabila Nakyung memberitahu dia akan berjumpa Chaeyoung di hadapan apartmen yang didiaminya. Chaeyoung terus turun dan keluar apabila jam menginjak angka sepuluh. Nakyung sedang menunggu di tangga.

"Saya nak borak dengan awak sambil berjalan. Boleh minum sekali, ada bubble tea ni, ambil lah." pelawa Nakyung. Chaeyoung mencucuk penyedut minuman ke dalam cawan plastik tersebut sebelum menyedutnya perlahan. "Tentang awak dan Sunwoo."

"Kenapa? Apa yang Seoyeon beritahu pada awak?" soal Chaeyoung. "Takda apa, dia tak jawab panggilan saya sejak semalam, jadi saya rasa dia nak tenangkan diri. Saya pun tak mahu masuk campur hal awak dan Seoyeon. Tapi," Chaeyoung mematikan langkahnya, "Tapi apa?"

"Tapi saya rasa awak ada hak untuk masih berhubung dengan Sunwoo. Yalah, mereka berdua dah takda apa-apa hubungan. Mungkin Seoyeon saja yang masih berharap pada Sunwoo, tapi Sunwoo tidak." ulas Nakyung. Chaeyoung mengangguk, tersenyum nipis.

"Maknanya saya betul lah, kan?" soal Nakyung. "Apa yang betul?" Nakyung tersenyum, "Awak masih simpan perasaan pada Sunwoo." Chaeyoung menggaru kepalanya yang tidak gatal, "Saya tahu salah, saya ada perasaan pada teman lelaki Seoyeon, tapi saya dah hindarkan. Maaflah," ucap Chaeyoung.

Nakyung tersenyum, "Apa-apa pun, awak kena betulkan semua ni semula, jangan biarkan Seoyeon begitu. Kalau betul awak sukakan Sunwoo, beritahu pada Seoyeon juga. Mungkin dia akan marah, tapi sekurang-kurangnya awak dah jujur."

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now