04 : the reason why

256 46 6
                                    

Selepas turun dari bas, Sunwoo dan Chaeyoung berjalan ke bangunan hospital, tempat bapa Sunwoo bekerja. Suasana kekal sunyi sehingga Chaeyoung bersuara. "Awak okay?" soalnya. Sunwoo tersenyum, mengangguk, "Okay, kenapa awak tanya?" balasnya. Chaeyoung menghela nafas sebelum kembali memandang Sunwoo.

"Kenapa awak jauhkan diri daripada Seoyeon?" Chaeyoung menyoal perlahan. Sunwoo terdiam, dia dah agak soalan tu akan keluar juga, "Saya terpaksa, saya tak rasa hubungan ni boleh diteruskan." balas Sunwoo. "Kalau sebab tu saya pasti Seoyeon faham—"

"Tak, Chaeyoung. Bukan tu maksud saya." beritahu Sunwoo. "Habis tu, kenapa?" Sunwoo masih diam. "Awak tak perlu beritahu kalau awak tak selesa. Maaf, soalan saya keterlaluan." balas Chaeyoung, mula melangkah dengan perasaan bersalah. Sunwoo mencapai pergelangan tangan Chaeyoung, menyebabkan gadis itu berpaling, "Awak akan tahu juga satu hari nanti,"

Chaeyoung menolak pintu rumahnya, melangkah masuk ke dalam rumahnya. Pertemuan dengan Sunwoo itu membuatkannya berfikir berkali-kali sepanjang lima tahun hidupnya kenal dengan lelaki itu, Sunwoo bukan seperti itu. "Chaeyoung? Baru balik?" Chaeyoung menoleh, terlihat bapanya yang berada di dapur. "Appa.. Maaf tak beritahu, bateri telefon dah habis. Chaeyoung pergi hospital tadi, jumpa doktor Kim." beritahu gadis itu, "Kenapa? Anak appa tak sihat ke?"

"Tak, Chaeyoung okay je. Sunwoo yang ajak jumpa ayah dia," bapanya bersandar ke peti ais, tersenyum. "Taklah, bukan macam yang appa fikir. Jangan senyum-senyum macam tu lah." bapanya mengangkat bahu, "Okay." Chaeyoung mematikan langkahnya, memandang bapanya.

"Appa, kalau appa boleh putar masa, appa terfikir untuk tak pernah buat benda yang appa pernah buat dulu? Macam Chaeyoung."

"Chaeyoung takkan pindah masuk sekolah tu,"

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now