10 : missing us

197 48 4
                                    

Sunwoo memandang ke luar tingkap sepanjang bapanya memandu pulang ke rumah, "Esok ada kelas?" Sunwoo menggeleng, "Takda." balasnya. "Ada apa-apa rancangan?" Sunwoo menggeleng lagi, "Duduk rumah jelah, penat." jawabnya. "Ada check up, kan?" Sunwoo mengangguk, "Pergi seorang je?"

"Tengok lah nanti, ajak Seonji ke. Dia mana ada kelas petang." beritahu Sunwoo. "Dengar cakap doktor, Sunwoo." pesan bapanya, "Ya, appa." Bapanya menghentikan kereta di parkir sebelum Sunwoo menolak pintunya, keluar dari perut kereta. Telefonnya dibuka, aplikasi KakaoTalk dibuka, terlihat Chaeyoung di atas talian.

Chaeyoung menarik selimut menutup tubuhnya, dia baru sahaja selesai menyiapkan tugasannya. Jam di dinding menunjukkan 30 minit selepas jam 11. Chaeyoung membuka telefonnya, menerima panggilan daripada Nakyung.

"Hello?"

"Chaeyoung-ah!"

"Kenapa Nakyung?" daripada posisi baring, Chaeyoung kini duduk, bersandar di birai katilnya. "Awak dengan Seoyeon baik-baik sahaja, kan? Kenapa Seoyeon tak jawab panggilan saya?" soal Nakyung. "Entahlah, saya rasa lagi elok saya tak bercakap dengan dia dulu," luah Chaeyoung.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" soal Nakyung, mula mencari masalah di antara dua rakannya itu. "Seoyeon kata saya ada hubungan dengan teman lelaki dia, tak. Bekas teman lelaki dia," luah Chaeyoung. "Oh, Sunwoo? Dia terlalu sayangkan Sunwoo jadi saya rasa dia cemburu bila awak masih boleh berbual dengan Sunwoo, tapi bukan dia."

"Nakyung."

"Salah ke kalau saya masih berhubung dengan Sunwoo? Maksud saya, Seoyeon dah tiada apa-apa hubungan dengan Sunwoo, kan?"

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now