19 : that i like you

208 47 4
                                    

Sunwoo kini berbaring di atas katil, merehatkan diri. Tubuhnya benar-benar lemah. Chaeyoung menyimpan semula kerusi roda di dalam bilik wad itu, dipantau oleh Seoyeon yang masih belum pulang. "Awak sukakan Sunwoo?"

Chaeyoung membersihkan tangannya, "Sudahlah Seoyeon, saya tak mahu cakap tentang ni, Sunwoo sedang rehat, cukuplah tubuhnya sahaja yang letih, otaknya tak perlu." balasnya. Seoyeon memeluk tubuh, sebelum menarik lengan Chaeyoung keluar daripada wad tersebut. "Apa ni—"

"Jawab soalan saya, Sunwoo takkan dengar." Chaeyoung menepis lengannya daripada genggaman Seoyeon. "Ya, betul. Memang saya sukakan dia, apa masalahnya dengan awak?" Seoyeon terpempan, "Saya dah agak." luahnya. "Baguslah kalau awak dah agak, kenapa perlu tanya saya lagi?" soal Chaeyoung, sarkastik.

"Ah, buat pengetahuan awak, Nakyung juga sudah tahu, berhenti cari saya lagi, Seoyeon. Saya akan tunggu Sunwoo sihat semula, saya takkan ganggu hidup awak lagi. Hasutlah Nakyung supaya nampak macam orang yang paling jahat sebab rampas teman lelaki awak, saya tak kisah lagi,"

Apa yang mereka tidak tahu, Sunwoo terduduk di katilnya, mendengar semua perbualan mereka berdua, daripada awal sehingga tangisan Chaeyoung yang kedengaran dari luar wadnya.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now