09 : no more about him.

386 80 5
                                    

Chaeyoung sudah siap mengemas begnya dibantu Nakyung. Dia menunggu ibunya kembali ke biliknya, dia mahu pulang ke rumah, atau perkara yang dia tidak tahu, itu kali terakhir dia di sekolah itu. Chaeyoung memeluk erat tubuh Nakyung.

"Sudah, jangan menangis lagi, ya? Saya akan tunggu awak, Chaeyoung. Jangan risau, semuanya baik nanti," pujuk Nakyung. "Awak tolong jaga diri ya? Pesan pada Seoyeon juga. Saya akan datang semula."

"Chaeyoung?" mereka berdua meleraikan pelukan, Chaeyoung memandang ibunya, "saya balik dulu, Nakyung," beritahu Chaeyoung, mengangkat begnya. Dia berjalan ke kereta ibunya, menyimpan beg ke dalam but kereta. Dia memandang ke arah padang, Sunwoo berada di sana. Dan ketika di situ juga kali pertama dia bertemu lelaki itu.

Chaeyoung berjalan ke arah Sunwoo, buat pertama kali. Memanggil namanya, Chaeyoung cuba menahan air matanya. Sunwoo memalingkan tubuh, tersenyum kecil sambil berjalan ke arah Chaeyoung. "Kenapa?" soal Sunwoo. "Sunwoo, saya-" dia terhenti, kata-katanya tak boleh diucapkan.

"Awak?"

"S-saya.."

"SUNWOO CEPATLAH" Sunwoo memalingkan kepalanya melihat teman pasukan bolanya, "Sabar lah!" Dia kembali memandang Chaeyoung, "Kenapa, Chaeyoung?" soal Sunwoo. "S-saya.."

"Saya tak datang dalam dua ke tiga hari," beritahu Chaeyoung. "Awak pergi mana?" soal Sunwoo. "Saya balik rumah, ada hal. Awak sampaikan pada cikgu ya?" Sunwoo mengangguk, Chaeyoung berpaling, berjalan ke arah kereta ibunya.

"Chaeyoung!"

Langkah Chaeyoung terhenti, itu kali pertama Sunwoo meneriakkan namanya, dia perlahan-lahan berpaling, "Ya, Sunwoo?"

"Jaga diri," pesanan itulah suara terakhir yang didengari daripada lelaki yang dicintainya tanpa sedar, Kim Sunwoo.

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now