03 : back to you

261 50 5
                                    

"Apa maksud awak?" soal Seoyeon, memeluk tubuhnya. Nakyung menghela nafas. "Chaeyoung mungkin rapat dengan Sunwoo. Tapi dia takkan putuskan hubungan kawan baik dia sendiri." ucap Nakyung. Seoyeon mengetap bibirnya, "Terpulang pada awak, Seoyeon. Tapi saya percayakan Chaeyoung." Seoyeon menggigit bibirnya, rasa bersalah mula menyelubungi dirinya, "Saya minta maaf." ucapnya. "Bukan pada saya, pada Chaeyoung." beritahu Nakyung, berjalan meninggalkan Seoyeon.

Sunwoo berjalan keluar daripada makmal perubatan, telefonnya yang berdering diangkat, panggilan daripad bapanya. Helaan nafas dikeluh perlahan, talian dimatikan selepas beberapa minit. Jam tangannya dilirik. Buku-buku pelajarannya disimpan, berjalan keluar daripada bangunan kuliahnya.

Jadual pada telefon bimbitnya diperhati, Sunwoo menbuka langkah, dia tak boleh menangguh lagi. Figura seseorang yang dikenalinya terlihat pada pandangannya, pantas suaranya memanggil, "Chaeyoung!" Gadis itu berpaling memandangnya, terus Sunwoo berlari kecil mendekati Chaeyoung.

"Sunwoo?"

Lelaki tersebut tersenyum kecil, "Nakyung dan Seoyeon mana?" soalnya. "Dah balik, hari ni saya keluar sedikit lewat, ada perbincangan kumpulan." beritahu Chaeyoung. "Awak? Tak balik?" Sunwoo mengangguk, "Tapi pergi hospital dulu," beritahu Sunwoo. Chaeyoung terdiam, "Awak—" Sunwoo tersenyum, "Tak, saya nak jumpa appa di pejabatnya." Chaeyoung menghela nafas lega.

"Awak sibuk?" soal Sunwoo tiba-tiba. Chaeyoung menarik lengan bajunya, melihat jam di pergelangan tangannya, "Lepas ni saya tak ada apa-apa rancangan pun, kenapa?" soal Chaeyoung. Sunwoo tersenyum kecil, "Awak nak ikut saya ke hospital? Appa mesti ingat pada awak."

Pain ; Kim SunwooWhere stories live. Discover now