Armel terkedu mendengar kata-kata Mak Mah. Dia faham kehendak Mak Mah. Dia turut kesal kerana tadi kekalutan yang berlaku mereka tidak sempat memastikan aurat Diana terjaga.

"Thank you Mak Mah. Nanti Armel bagi Kak Diana. Nanti apa-apa Mel call eh." Armel hanya tersenyum nipis dan menepuk lumbut bahu Mak Mah.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Ez sedaya upaya menahan air matanya daripada tumpah.
Pandangannya hanya pada mata Diana yang separa sedar. Sebelah tangan Diana digeggam dengan kuat. Dia hanya mendiamkan diri saat melihat staf paramedik itu memeriksa Diana ketika dalam perjalanan.

Hatinya hancur kerana kesal dengan tindakan diri sendiri. Dia menyesal dengan perbuatannya hari ini. Dia mula teringat pagi tadi dia hampir memarahi Diana hanya kerana mengangkat panggilan telefon. Petang tadi pula dia tidak hiraukan Diana apatah lagi hendak melayan perangai Diana yang teringinkan sesuatu.

Semua kerana ego dirinya sendiri. Tidak mahu melayan isteri hanya kerana penat di tempat kerja. Ez mula rasa dirinya bodoh kerana mengikut perbuatan Sharif hanya disebabkan dia mahu Diana berhenti melayan perasaan mengidamnya.

Kini, isterinya hanya lemah terbaring di dalam ambulans itu.

'Kenapa Diana boleh terjatuh ni?' Ez ingin menyoal Diana tetapi hanya mampu di dalam hati.

Ez sebak membayangkan Diana jatuh seorang diri di dalam bilik air. Malah tiada siapa di dalam bilik tidur mereka. Ez kesal teringatkan dia di bawah sedang leka menjamah makanan tanpa mengetahui isterinya bertarung melawan kesakitan seorang diri.

Ez semakin kesal mengingatkan arahan bonda yang menyuruhnya memanggil Diana tapi kerana ego dia tidak mengendahkan arahan bonda.

Mulut Ez terkunci sambil memandang Diana. Banyak perkara dia mahu katakan pada Diana tetapi dia tahu Diana tidak sedar untuk mendengar kata-katanya.

"We almost there sayang. Please stay with me." Suara Ez sedang menahan tangisan akhirnya keluar.

Diana yang separa sedar menoleh lemah memandang wajah Ez. Dia sebolehnya tidak mahu buatkan Ez risau. Namun ketika ini dia sangat risau jika ada apa-apa berlaku pada bayinya.

"Abang." Diana memanggil dengan suara yang lemah.

"Diana takut." Kata Diana sambil matanya tertutup rapat.

Ez terkedu mendengar kata-kata Diana. Hatinya runtun mendengar suara itu. Kata-kata Diana menunjukkan dia sangat bergantung pada Ez dan mahu dilindungi.

'Tapi apa aku dah buat? Sekali lagi aku biarkan dia keseorangan.' Ez mengetap bibir menahan marah pada dirinya sendiri. Saat ini dia terlalu kesal kerana masih mempersiakan isterinya yang pulang ke pangkuannya.

"It's okay. Everything will fine. Abang ada." Ez membalas. Dia mahukan Diana rasa selamat. Padahal dalam hati sendiri dia terlalu risau.

"Puan, jangan risau. Kita akan cuba sehabis baik untuk membuat rawatan untuk puan." Staf paramedik tadi turut menenangkan Diana.

Selepas beberapa minit, ambulans itu tiba di bahagian kecemasan hospital. Diana diturunkan menggunakan katil tadi dan segera ditolak ke bahagian pemeriksaan.

Ez turut berjalan laju di sebelah Diana sambil memegang tangan Diana yang sejuk. Jantungnya masih berdegup laju. Namun, dia mula rasakan tangan Diana seperti tidak ada daya lagi dalam genggamannya. Ez tergamam.

"Diana." Ez cuba memanggil.

Diana hanya menutup mata.

"Diana! Sayang! Wake up please jangan tidur lagi." Ez mula meninggikan suaranya.

DIANATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon