PART 35

8.2K 241 15
                                    

Cemburu!

Faliq mengeluh kasar.Hati mula rasa tidak tenang apatah lagi saat terpandang susuk tubuh isterinya yang riang bergelak tawa bersama beberapa orang lelaki di sebuah restoran sebentar tadi.Jemari mula mengenggam penumbuk dibawah meja.

Mahu saja dia menerjah namun memikirkan prestasi kerja Orked,dia diam.Kebetulan pula dia sedang makan tengah hari bersama klien penting syarikat mereka iaitu sahabat lama ibubapanya,hingga terserempak dengan sekumpulan guru-guru di situ.

Gelak tawa Orked menggamit matanya untuk lebih memerhati lagi.Dia rasa cemburu bila melihat isterinya begitu bahagia bergelak tawa.Memandangkan usia mereka juga sangat jauh beza,tidak mustahil Orked akan berpaling tadah dikemudian hari.

Dia sedar kalau kebelakangan ini isterinya sedang melancarkan perang dingin.Bukan salah Orked,tapi salahnya.Kerana kesibukan nya di tempat kerja,dia mengabaikan perasaan isterinya.Dia juga mula bersikap dingin pada Orked.Hingga Orked juga banyak mendiamkan diri.Penyebabnya bukan hanya kerana masalah ditempat kerja,tetapi dia terasa tergugat setiap kali bersama isterinya.

Orked masih muda,biarpun sudah bersuami dan mempunyai anak,tiada cacat celanya pada isterinya.Orked yang anggun,cantik dan menawan.Mustahil andai tiada seorang lelaki pun jatuh cinta pada isterinya biarpun di tempat kerja.Mendengar permasalahan yang sering berlakunya perceraian,membuatnya sedikit tergugat.

Biarpun Faliq bukan lah peguam syariah,namun selepas perceraian berlaku,pasti akan berlakunya perebutan harta dan berbagai masalah lain lagi.Sudah puas dia melihat ragam manusia sepanjang dia bergelar peguam.Tidak mustahil isterinya juga akan berubah hati jika terlalu banyak godaan dikemudian hari kelak.

           "Renung siapa tu Faliq?" Tegur lelaki didepan nya yang sebaya ibunya.

            "Tak ada apa Uncle." Faliq kembali menyambung suapan makan nya.Namun tetap memerhati gelagat isterinya dari mata.

Haji Idrus tertawa kecil.Macam lah dia tidak tahu isi hati anak muda di depan nya ini.Mereka bukan baru kenal malah sudah lama kenal.Dia kagum dengan bakat dan kredibiliti Faliq,sangat berani dan lantang ketika berhujah di ruang mahkamah.Persis seperti arwah ayahnya.Haji Idrus dan arwah ayah Faliq adalah kenalan rapat.

           "You feel insecure Faliq." Tegur Haji Idrus.

Faliq memandang wajah sahabat lama ayahnya dengan penuh tanda tanya.Namun sebaik saja melihat pandangan Haji Idrus pada sekumpulan yang turut menikmati makan tengah hari di situ,baru lah dia faham.Faliq hanya tersenyum sendiri.

          "I've read a quote saying like this.A guy is only insecure about losing his women when he knows someone else can treat her better."

Mendengar setiap patah kata dari Haji Idrus membuatkan Faliq tertawa senang.Dia akui sejak kebelakangan ini dia merasa tergugat.Apatah lagi sekarang isterinya semakin berseri dan semakin cantik dimatanya.Pernah juga dia suarakan pada Orked untuk berhenti dari perkerjaan nya sekarang namun di tolak dengan lembut.

Orked dulu sangat suka menggedik dan menggoda,namun kini isterinya lebih kepada versi matang.Seperti jual mahal.Mungkin kerana kekangan masa dan kerja atau hanya mainan perasaan nya sahaja.

           "Uncle tau apa yang bermain dalam kepala Faliq.Bukan sehari dua ni uncle kenal Faliq.Dah lama pun.Jangan kerana cemburu,hubungan suami isteri terjejas.Cuba berbincang dengan baik.Faliq kena faham juga.Isteri Faliq terlalu muda,tapi selagi dia menjaga batas sebagai seorang isteri,tak ada masalah." Nasihat Haji Idrus memang makan dalam.Terkulat juga Faliq di situ.

            "I know uncle"

            "I need to go now,see you soon" Haji Idrus mula bangkit dari tempat duduknya dengan perlahan.Waktu makan tengah hari sudah tamat,dia harus kembali ke tempat kerja.Masih terlalu banyak kerja yang harus dia selesaikan.Hendak harapkan anak-anaknya pula,mereka semua sudah memilih kerjaya sendiri.Untung lah Hajah Rosnah kerana legasi arwah suaminya masih berjalan seperti biasa dengan usaha anak tunggal mereka,Faliq Qidran.Dia tersenyum kecil sambil menepuk bahu Faliq dengan perlahan.

AKU MAHU KAMUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu