PART 22

9.6K 250 9
                                    


Orked membaling paket ubat yang berada dari tadi di tangan nya ke tong sampah.Geram!Hairan pun ye jugak.Pelik lagi lah ada.

Tidak pernah walau sekali dia ponteng makan pil perancang tersebut,tetapi tetap jugak dia mengandung.'Hish Orked!takkan lah tak percaya dengan ketentuan Allah.Dosa tau' kata hati kecilnya.

Punya lah dia gigih selama ini menyembunyikan pil itu,lambat laun kantoi jugak.Bukan main-main kantoi ni,sekali dengan ada baby dalam rahim lagi.Teringat lagi dia dengan usikan suaminya minggu lepas.Dengan bangga pula Faliq kata dia masih gah dan mampu bagi Orked anak walau berusia di awal empat puluhan.Naik meremang dia mendengar,geram pun ada.

Terdengar pintu bilik dibuka dari luar,Orked segera membuang tisu didalam bakul sampah dengan banyak,agar paket ubat itu tidak kelihatan.Naya dia kalau Faliq tahu.

Dengan senyuman Yang meleret,Faliq memgambil tempat duduk di sebelah isterinya.Sesekali anak mata melirik ke arah tong sampah kecil yang berada tidak jauh dari kaki Orked.Bukan main banyak lagi tisu disitu,namun mata Faliq memang agak tajam,paket ubat itu masih kelihatan.Dia kembali tersenyum herot.Biar lah menjadi rahsianya.

"Abang masih kuat tau.Sayang cakap je nak anak berapa.Setiap tahun pun boleh.Mesti ibu suka kalau banyak cucu.Yelah!abang kan anak tunggal."

Orked mendecit geram.

"Jangan mengada.Tahu buat je tapi tak tolong jaga buat apa?" Geram Orked bila dengar usikan Faliq.Nak anak setiap tahun,ingat dia kilang anak ke?

Faliq tertawa senang. "Oooo,ni kalau abang tolong jaga,boleh lah dapat anak setiap tahun kan?kan?kan?" Mata di kedipkan ,dia buat muka comel depan isterinya.

Laju saja peha Faliq di cubit dengan kuat.Faliq hanya tertawa lepas.Suka pula dia tengok wajah isterinya yang sedang geram.

"Hmmmm...patutlaaa"

Orked menanti kata-kata selanjutnya namun hampa bila Faliq seakan sengaja membiarkan kata-katanya tergantung.

"Patut lah apa?"

Faliq merapati isterinya.Cuping telinga isteri di dekati, "patut lah sayang geram dengan abang."bisik nya nakal sambil meniup kecil cuping telinga Orked.

"Abang!"

Faliq segera meloloskan diri dari bilik tidur mereka.Hanya sisa tawa nya yang bergema diluar biliknya.Orked turut tersenyum sendiri.Malu bila terkenangkan permintaan yang bukan bukan.Fuh!lain macam penangan kandungan nya kali ini.

Perut yang masih kempis itu di elus perlahan.Terima kasih sebab hadir dalam hidup mama,walau mama cuba untuk sekat kedatangan baby.Mama minta maaf,mama tak sengaja,tapi baby kuat!Sama kuat macam papa. Tertawa kecil Orked. 'Hmmmm...kuat sangat usaha Faliq nak dapat anak tu,umur dah lanjut' kata hati kecilnya lagi.

Ye lah!Orked baru berusia 26 tahun,suaminya sudah menginjak 40.Hot papa in progress!bisiknya lagi.Geram pula Orked bila membayangkan suaminya yang masih segak dan bergaya biar pun berusia di awal empat puluhan.Fuh!cemburu tiba-tiba menggamit hati,takut dengan pandangan anak dara lain bila terpandang suaminya.Melampau betul kau Orked!kata hati kecilnya.

******************

Semenjak bakal bergelar bapa ni,semakin kerap pula Faliq tersenyum.Wajah cerianya sentiasa terpamer setiap kali dia tiba di tempat kerjanya.Bagai terbayang jemari comel yang mengenggam jemari kasarnya.Tak sabar!

Kandungan isterinya kali ini agak berlainan dari sebelum.Kali ini manja Orked semakin menjadi-jadi.Pantang dicuit,mula lah muncung sedepa.Tapi tak adalah Orked mengidam yang susah untuk dia dapatkan.Kalau setakat dalam bilik tu,hmmmm senang je.hahaha!Faliq tertawa lepas!Menggeleng kecil bila terkenangkan permintaan isterinya yang bukan-bukan.Nasib baik lah tidak memudaratkan kandungan isterinya.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now