PART 20

10.3K 228 7
                                    

Bahagia yang dikecap seakan direntap dalam sesaat.Berita yang diterimanya begitu menyentap hatinya.Kenapa dia di duga dengan begitu berat?Tidak layak kah dia untuk mengecap bahagia?

Hati isteri mana yang tidak berkecai bila suaminya di tangkap khalwat bersama bekas teman wanita nya.Wajah sendu ibu mertuanya,Hajah Rosnah hanya dipandang sepi.Hatinya hancur!Jiwanya turut berkecai.Orked menangis lagi.

Wajah tenang Faliq dipandang dengan penuh amarah.Kenapa buat Orked macam ni abang?Namun soalan itu hanya mampu terluah di dalam hati.Faliq!Lelaki itu hanya beriak tenang seakan tiada apa yang berlaku.Sedangkan dia,menangis tidak henti.

Hanani?wanita yang ditangkap khalwat bersama suaminya hanya mampu menundukkan wajah.

         "Apa semua ni Faliq?Kenapa buat ibu dan Orked macam ni?" Akhirnya terluah butir kata dari Hajah Rosnah.

Faliq hanya diam.Sesekali dia turut memerhatikan tubuh kecik itu terhinjut perlahan menahan esakkan yang semakin menggila.Dia sendiri tidah tahu bagaimana mahu menerangkan keadaan sebenar.Sedar saja dia dari lena nya setelah sakit kepalanya menghilang,dia sudah berada di atas kerusi berangkai tiga bersama Hanani.Belum sempat dia bersuara,ruangan pejabatnya sudah di serbu oleh beberapa orang lelaki.Sejak bila Hanani berada disitu juga dia tidak tahu.

         "Makcik,saya...."

          "Kau diam!!" Mencerlung anak mata Hajah Rosnah memandang Hanani yang baru mengeluarkan suara setelah lama berdiam diri.

Faliq menolak anak rambut dengan kasar.Penat dia menerangkan hal sebenar,hingga akhirnya dia lebih suka mendiamkan diri.Orked pula tidak langsung mengeluarkan sebarang suara.Sedari tadi isterinya itu mendiamkan diri,hanya esakkan kecil saja yang kedengaran.

          "Sayang..." panggil Faliq lembut.Serious! Dia takut bila melihat kebisuan isterinya malam itu.

          "Kita bincang lain kali.I penat!"

Faliq meraup wajah dengan kesal.Hanani yang sedari tadi diam hanya dipandang kosong.

Hanani mula mendekati tubuh Faliq yang berada tidak jauh darinya.Namun langkahnya terhenti ketika ada sesusuk tubuh yang baru memasuki ruangan itu.Senyuman sinis sedia terlakar di wajah lelaki itu.

"Hello there" sapanya.

Lelaki itu menghulur tangan untuk bersalaman,disambut perlahan oleh Faliq.Biarpun dia tidak mengenalinya.

"Sorry!lupa kenalkan diri.Saya Adam Mikael,suami kepada Puan Hanani." Sinis saja cara Adam mengenalkan diri.

Faliq hanya tersenyum sinis dan dalam masa yang sama dia turut bersyukur.Hanani memang gila!Sanggup memerangkap dirinya dalam keadaan yang begitu memalukan.

Hajah Rosnah semakin geram.Berani wanita itu cuba memerangkap anaknya,padahal diri sendiri isteri orang.Bukan dia tidak kenal dengan Hanani,wanita itulah yang dulu nya telah membuatkan hati Faliq tertutup pada mana-mana gadis.

"Dah tahu bini orang,gatal sangat nak kahwin dua juga ke?"Tu dia,suara laser Hajah Rosnah sudah mula memainkan peranan.

Hanani terkesima sebentar."No!I'm not your wife!Qid please listen to me!listen to me!" Rayu Hanani lagi.Adam disebelah tidak di endahnya.Lengan Faliq cuba di gapai namun di tepis oleh Hajah Rosnah.Benci sungguh dia melihat anaknya dipegang oleh Hanani.

"Honey!I lagi rela bayar saman you daripada tengok you macam orang tak betul.Kalau you nak I buktikan sekarang pun boleh.I ada bawa sijil kahwin kita tau.Tak tahu lah,kalau you tak bawa selama ni" perli Adam lagi.

AKU MAHU KAMUWo Geschichten leben. Entdecke jetzt