PART 13

9K 234 4
                                    


Humaira hanya membuang pandang.Dia sakit hati saat mengetahui Hanani,sahabatnya sendiri membuat onar pada rumah tangga adiknya hingga menyebabkan adiknya kehilangan anak dalam kandungan nya.Malah sahabatnya itu sendiri bertanggungjawab kerana Orked hampir-hampir mencabut nyawanya sendiri kerana tekanan perasaan.

            "Kau apahal pandang aku macam tu?"soal Hanani tanpa rasa bersalah.

Humaira menjelingnya geram.

           "How could you!Kau sedar tak apa kau dah buat pada adik aku?" Marah Humaira.

Hanani hanya tersenyum sinis.Dia puas hati!Sekurang-kurangnya Faliq masih ada belas kasihan pada nya hingga tidak mengendahkan isterinya walau dalam keadaan berpantang.Namun kini Faliq menyepi.Puas dia cuba menghubungi lelaki idamannya itu,tetapi tetap sepi.Tidak seperti sebelum ini.

          Humaira pantas mengambil bag sandangnya lalu berdiri dari tempat duduknya.Dadanya terasa sakit saat teringat tangisan Orked.Luaran nya dia seperti tidak terkesan,namun Humaira pasti Orked pasti terluka.Isteri mana yang tidak terluka,kalau ketika dalam pantang untuk memulihkan kesihatan badan,si suami sibuk melayan perempuan lain?

Sudahnya,tanpa kata dia terus 'mandikan' adik iparnya dengan segelas air oren di restoran itu.Nasib lah air oren yang berada di meja mereka,kalau kopi panas,merasa laaa.Dia terpegun seketika saat melihat Hanani yang berada di samping Faliq ketika itu.

           "Kau jangan suka sangat.Kau lupa?ke kau nak aku ingatkan balik perangai lama kau?Kau sendiri yang buang Faliq dari hidup kau sebab terlalu taksub mahu dipandang hebat oleh kawan-kawan kau yang lain.Sebab pertaruhan bodoh kau tu,kau dapat balasan terus.Tak serik lagi?" Bentak Humaira.

Hanani mencerlung memandang sahabat baiknya yang naik gila.Dia benci dengan kenangan perbelasan dulu itu.Kalau boleh,dia tidak mahu ingat walau sedikit.Kenapa Humaira mahu mengungkit kisah silamnya?Dia ada lah cinta pertama Faliq,jadi tidak salah kalau dia mahu menangi hati Faliq sekali lagi.

"Qid cintakan aku.Jadi tak salah aku nak ambil hati dia lagi." Tegas Hanani.

Humaira hanya tertawa kecil.Geli hati dengan perangai yang terlalu yakin.

"You work so hard but you got nothing!Orked tak ambil masa yang lama pun,terus Faliq bawa kahwin.Kau masih tak sedar ke?"

Humaira tergelak jahat.Kalau Hanani mahu menganggu adiknya,dia kena bertindak lebih cepat.Dia pun bukan lah selembut dan selemah seperti yang kawan-kawan mereka sangka.Cuma dia malas.Malas mahu terlalu menonjol dengan perangai yang tak semengahnya.

Hanani mengepal jemarinya geram.Sakit hati dengan kata-kata sahabatnya yang jelas tidak  lagi mahu menyebelahi dirinya.

"Dah lah,malas aku nak bercakap dengan orang yang tak betul macam kau ni.Bukan faham bahasa pun" tu dia!setepek Humaira kenakan Hanani lagi.

Tanpa pamit,dia terus melangkah pergi meninggalkan Hanani yang masih mencari semangat diri.Bimbang jika dia duduk berlama di situ,bukan setakat Hanani makan dalam dengan bahasa pedasnya,tetapi dia bimbang  andai dia sendiri tidak dapat mengawal diri dari menyerang sahabatnya itu.Hey!wait!!layak kah perempuan itu digelar sahabatnya setelah apa yang telah dia lakukan pada adiknya?

Dia turut kesal dengan apa yang terjadi.Setelah beberapa bulan kehilangan Orked,yang pergi membawa diri,baru dia tahu penyebab utamanya.Kalau lah dia tidak bertembung Faliq yang sedang menikmati makan tengah hari bersama Hanani dengan gelak tawa,pasti dia tidak tahu Hanani punca nya.Itupun setelah wanita itu sendiri terlepas cakap.Mahu tak geram!

Hanani mendengus marah ketika di tinggalkan duduk sendiri di restoran itu.Selama ini,hanya Humaira sahaja sahabatnya yang masih mengambil berat akan dirinya.Hanya Humaira yang sentiasa ada bersamanya tika dalam susah mahupun senang.Tetapi bila berkaitan dengan Faliq,dia enggan bertolak ansur.Dia sayangkan Faliq.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now