PART 3

10.4K 330 12
                                    

Kata sepakat yang telah dipersetujui kedua belah pihak ditunaikan secepat mungkin.Faliq tidak mahu membuang masa dengan mengikat tali pertunangan dengan alasan untuk mengenal hati budi masing masing.Lepas kahwin pun boleh kenal.Itu kata Faliq pada Hajah Rosnah tika ibunya menyuarakan permintaan pihak sebelah perempuan.

Lepas tiga bulan merisik,majlis perkahwinan terus diadakan seperti yang dimahukan Faliq.Orked Ardelia hanya menurut kata.Majlis resepsi mereka pula hanya diadakan di ball room hotel termuka,bukan di rumah pihak pengantin perempuan.Sedikit terkesima bila Faliq telah pun membuat perancangan perkahwinan mereka lebih awal malah lebih teliti walau dalam masa yg agak singkat.Hanya dalam masa tiga bulan,Faliq mampu membuat dengan jayanya tanpa campur tangan Orked Ardelia.

          "Orked...''

Orked Ardelia yang leka dengan lamunan nya terus menoleh ke arah suara yang memanggil namanya.

Kelihatan seorang lelaki yang dalam perumuran menghampiri nya dengan wajah yang agak sayu.Orked Ardelia hanya mendiamkan diri.Entah kenapa dia tiba-tiba tersentuh dengan pandangan lelaki itu.Dia bukan seorang pendendam.

            "Lepas ni syurga Orked pada suami.Jangan pernah ingkar cakap suami"nasihat lelaki itu.

Orked Ardelia hanya memandangnya sepi sebelum kembali membuang pandang keluar jendela biliknya.Hati nya sedikit tersentuh namun dia lebih suka diam.Selama dia berada dirumah itu,belum pernah sekalipun dia dilayan dengan baik.

Nasib Orked Ardelia sebagai anak  bongsu memang malang.Malah lebih malang apabila ayahnya sendiri seakan enggan mengakui dirinya sebagai anak kandung.Sedang dia adalah anak hasil dari isteri pertama.Ya!Arwah mama Orked Ardelia telah lama pergi ketika dia baru berusia lima tahun.Dewi!nama arwah mama yang sentiasa tersemat dalam hatinya sampai bila-bila.Ayahnya kahwin dua kerana arwah Dewi sendiri yang meminta nya untuk mendapatkan zuriat.Setelah beberapa tahun ayahnya beristeri dua,baru lah arwah Dewi di sahkan mengandung.Sejak itu bermacam-macam fitnah yang ditabur oleh orang sekeliling hingga banyak yang mencop arwah Dewi perempuan yang tidak baik.

Selama lima tahun arwah Dewi membesarkan Orked Ardelia sendiri,hingga akhir nafasnya kerana kanser.Baru lah Darwin membawa Orked Ardelia untuk tinggal bersama mereka sekeluarga.Itupun setelah dipujuk oleh isteri kedua Darwin sendiri.

Darwin hanya memandang raut wajah anak bongsunya yang sedikit suram itu dengan sedikit kesal.Sedari tadi,belum sepatah kata pun keluar dari mulutnya.Dia masih tidak percaya anak bongsunya akan menamatkan zaman gadisnya dalam masa yang agak singkat.Nasib baik lah semua persiapan disediakan oleh pihak lelaki.Dia dan isterinya pun belum sempat menyediakan apa-apa.

             "Ayah.."panggil satu suara lagi.

Darwin segera menoleh,kelihatan seorang gadis yang jarak usianya lebih tua dari Orked Ardelia menghampirinya.

            "Ayah,umi panggil."kata gadis itu lembut sambil memeluk lengan Darwin mesra.Sengaja dia tonjolkan kemesraan mereka anak beranak pada Orked Ardelia yang berada diruang yang sama.Namun Orked masih membeku.

Darwin hanya tersenyum,sempat dia memandang Orked Ardelia yang hanya duduk membeku dibirai katil sebelum melangkah keluar.

Humairah hanya menghantar Darwin keluar dari ruangan bilik Orked Ardelia dengan pandangan mata.Sebaik saja ayahnya melangkah keluar,dia terus berdiri menghadap adik bongsunya dengan pandangan yang meluat.

           "Untung kan jadi isteri orang kaya"perli Humaira.

Orked Ardelia hanya mendiamkan diri.Malas dia mahu melayan karenah Humaira yang sentiasa tidak puas hati dengan nya.Dia hanya menunduk sambil meremas jemarinya sendiri membuang kegusaran hatinya kerana sebentar lagi mereka akan berangkat pergi ke ballroom hotel terkemuka untuk majlis resepsi nya.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now