PART 29

9.8K 235 6
                                    


           Orked membuka mata dalam kepayahan.Kesilauan dari pancaran matahari pagi itu benar benar membuatnya susah mahu membuka mata.

           "Hmmm"

Terasa seperti ada beban di celah lehernya.Tanpa fikir panjang,tangan nya terus saja menolak.Dia tahu,pasti suaminya yang sengaja mahu mengusiknya.Terdengar tawa kecil dari Faliq.

            "Sayang,Luth lapar ni" beritahu Faliq.

Orked terus membuka mata.Di lihatnya Luth sudah sedia ada di riba suaminya.Perlahan dia bangun untuk mengambil alih meriba anak lelakinya yang sudah mula mencebik lapar.Selamba saja dia menyelak baju tidur tipisnya lalu menyusu Luth.

Faliq hanya tersengih nakal.Melihat rakus nya anak kecilnya itu menyusu,dia mula mengelus pipi Orked yang sudah memejam mata kembali.

"Bangun lah sayang."

Orked hanya menjeling geram.Matanya benar benar mengantuk.Selepas subuh baru dia dapat lena dengan tenang.Semua angkara Faliq.

"Abang punya pasal lah ni" Orked mendecit geram.Kepala Luth di alih sedikit agar anaknya dapat menyusu dengan selesa.

Faliq tertawa lepas.Pipi Orked dikucup sayang.Isterinya itu walau pun baru bangun tidur,masih ada serinya.Seri ibu muda kot.Rasa macam nak terkam sepanjang hari pun ada.

"Eleh!sayang pun bukan main goda abang semalam."

Membulat mata Orked,lengan Faliq dicubit geram.Pipi nya juga sudah mula membahang.Malu bila terkenang.

"Tak nak ajar Luth susu botol ke?Mana lah tahu nanti ada adik lagi" Faliq mula mengusulkan cadangan.Yelah,Luth sudah berusia 3 bulan lebih.Tidak pernah sekali pun anaknya itu menyusu botol.Hanya melekap di badan si isteri.Bagaimana jika nanti isterinya sudah mula bekerja seperti biasa?

"Biar lah.Luth kan kecik lagi,tak pe lah kalau menyusu badan."jawab Orked selamba sambil anak matanya tidak lepas melihat wajah anaknya yang sedang rakus menyusu.

"Nanti sayang dah mula kerja,macam mana? "

Orked bagai baru tersedar.Ha ah kan?macam mana Luth menyusu kalau nanti dia mula bekerja?Pasti jenuh ibu mertuanya memujuk.Luth pun bukan lah penyabar sangat.Pasti anaknya akan menangis dengan keras jika lambat menyusu.

"At least,nanti senang kalau Luth dah menyusu botol.Sayang tinggalkan je stok susu badan,ibu atau pembantu lain boleh tolong bagi Luth menyusu dengan stok susu badan sayang tu.Kat tempat kerja pun sayang masih boleh buat stok susu badan kan?" Soal Faliq tiba-tiba.

Sedikit sebanyak,dia sudah mula mempelajari semua tentang itu.Ramai saja staff nya yang selalu memberi tunjuk ajar padanya.Tidak sia sia dia berhabis duit mengikuti kelas yang di anjurkan oleh salah satu brand untuk ibu dan anak yang sangat terkenal itu.Sekurang-kurangnya sekarang dia tidak lagi kekok untuk mendukung Luth,malah dia sendiri juga akan membantu menukar lampin pakai buang anaknya jika isterinya sedang lena.

         "Nanti lah fikir" Orked tersengih.Luth yang sudah kenyang menyusu itu diserahkan pada Faliq.Seperti tahu,dia mula mengupuk lembut belakang tubuh anaknya perlahan hingga anaknya itu bersendawa kenyang.

Orked pula sudah menghilangkan diri di bilik mandi.Pipi montel anaknya di cium geram.Luth hanya tersenyum hingga melihatkan kedua lesung pipitnya.Rutin Faliq setiap hari jika ada masa terluang,pasti lah dia akan meluangkan lebih banyak masa bersama anak dan keluarganya.

Selang 20 minit berada di bilik mandi,Orked pun keluar.Sempat dia mengetatkan tali bathrobe yang dipakainya.Keluhan kecil turut terlepas dari bibirnya.Melihat red mark yang banyak di collarbones nya membuatnya kesal dengan Faliq.Suaminya seperti sengaja meninggalkan tanda tanda merah itu.Nasib baik di kawasan yang agak tersorok,jadi boleh dia menyembunyikan dari mata helang ibu mertuanya.Masak dia kalau tanda merah itu dilihat ibu mertuanya.Merinding bulu romanya saat terkenang betapa romantisnya suaminya melayan dirinya semalam.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now