PART 21

9.8K 219 6
                                    

Dingin!

Walau setelah berminggu kejadian dimana dia di tangkap khalwat bersama Hanani itu berlaku,Orked tetap bersikap dingin.Malah lebih dingin dari dulu.

Faliq hampir buntu dan putus asa,tetapi dia terpaksa cekalkan hati untuk memujuk hati isteri kesayangan nya.Hajah Rosnah sempat juga mogok tidak mahu menyapanya selama 2 hari,namun bila dia sogok dengan tanaman bunga yang baru dia beli,terus ibunya berlembut hati.Ibunya seorang yang suka dengan bunga yang unik dan cantik.Jadi tidak lah susah untuk nya mengambil hati ibunya.

Hanya Orked Ardelia saja yang masih tidak mahu berlembut hati.Bila melihat kebisuan isterinya itu,semakin dia benci pada Hanani.Kalau bukan kerana tindakan bodoh Hanani,mungkin sekarang Orked berada dalam dakapan nya.Tidak lah isterinya membisu sepanjang masa.Malah dia seperti tidak wujud.Andai saja dia tidak terlalu berkeras untuk menyiapkan kertas kerjanya pada hari itu,mungkin perkara tersebut tidak akan berlaku.

Mungkin dia tidak akan mengalami 'migrain' kerana terlalu menumpukan kertas kerjanya.Hingga tanpa sedar Hanani yang konon nya ingin bertemu dengan nya dalam diam mula membuat perkara bodoh dengan mengambil kesempatan untuk menghubungi pejabat ugama.Nasib baik juga dia terlepas dari tuduhan tersebut kerana Hanani dengan rela hati mengaku kesalahan nya.Dia sudah malas mahu ambil tahu tindakan yang akan dikenakan pada wanita itu!Benci!

Kini mataya memandang tubuh isterinya masih berselubung dalam selimut tebal mereka.Sedari tadi isterinya itu belum bangun dari katil.Hanya dengkuran kecilnya sahaja yang kedengaran.

Faliq mula bersiap-siap untuk pergi ke pejabatnya.Jari kasarnya sudah mula memasang butang di hujung lengan kemejanya,namun terhenti saat mendengar bunyi batuk isterinya di ikuti dengan keluhan seperti tidak selesa.Perlahan dia melangkah menghampiri tubuh isterinya yang sudah mula mengeluh kecil.

Wajah Orked sudah berpeluh dingin.Faliq melekapkan belakang tangan nya di dahi isterinya.Panas!

"Sayang" panggilnya perlahan.

Orked cuba celikkan mata tapi dia tidak mampu.Malah kepalanya mula terasa begitu berat hingga tidak mampu membuka mata.Tubuhnya terasa lemah dan dingin.

"Hmmm...sejuk" adu nya.

Faliq mengucup dahi isterinya penuh kasih sebelum memeluk tubuh kecil Orked untuk membantu menghangatkan lagi dari kedinginan.

"Sayang demam ni.Kita pergi klinik ye" Beritahu Faliq sambil mengelus tubuh isterinya.

Orked yang sudah lemah itu hanya mengangguk kecil.Dia benar-benar sudah tidak mampu untuk mengangkat tubuh sendiri.Airmatanya mula mengalir lebat.

"Kenapa sayang menangis ni?"

Orked yang sudah teresak itu membalas pelukan Faliq.Dia hanya perlukan Faliq.Dia mahukan Faliq!Dia sendiri tidak tahu kenapa emosinya sekarang hanya mahukan suaminya sentiasa berada di sisi.

"Orked sayang abang.I love you so much!please don't leave me abang!" Tangisan Orked semakin menjadi-jadi.

Faliq tertawa kecil.Demam macam ni pun isterinya masih kelihatan comel.Dia sangka kan isterinya akan menepis dan menolak tubuhnya menjauh,tetapi sebaliknya yang terjadi.Orked memang lain dari yang lain.

"Ya sayang,abang tahu.Sekarang abang tolong sayang lap badan lepastu kita pergi klinik ye.Abang risau badan sayang panas ni"

Orked hanya mengangguk lemah.

"I love you" ucapnya lagi sebaik saja Faliq menghilangkan diri di bilik air.Pasti lah suaminya sedang mengambil tuala kecil dan besin yang berisi air untuk melap tubuh nya.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now