PART 44

6.5K 229 21
                                    


Faliq hanya termangu mendengar apa yang di sampaikan oleh abang iparnya.Mahu tercabut jantungnya bila balik kerja isteri dan anaknya tiada di rumah.

Dingin!

Dia bukan sengaja bersikap dingin,tetapi dia ada sesuatu yang penting untuk diselesaikan.Dan dia juga memerlukan masa untuk menerima kepergian ibunya secara tiba-tiba,dia tidak jangkakan pula memakan masa hampir sebulan.

Dengan kehilangan isterinya,sudah tentu lah dia akan cari sahabat karib isterinya yang merangkap kakak iparnya.Hampa bila dia diperli oleh Jenny dengan sindiran tajam.Malah tidak mahu memberi kerjasama.

Untuk melembutkan hati Jenny,dia terpaksa menggunakan kuasa veto abang iparnya,Muiz.Terdesak kerana dia risau dengan Orked dan anaknya Luth.Dia pun salah juga,sebulan dia melayan perasaan nya sendiri tanpa mahu mengambil tahu akan perasaan isterinya yang terang-terangan jauh lebih terluka.

"Ya Allah!apa aku dah buat ni.Sayang kat mana?kenapa tak jawab phone?Abang risau"

Faliq meraup wajah dengan kesal.Berkali dia cuba menghubungi isterinya,namun hampa!Dan buat masa sekarang dia terpaksa bersabar menanti kedatangan Muiz.Entah apa yang akan Muiz buat pada Jenny pun dia tak tahu.Malah dia tak mahu ambil tahu.

Pasangan suami isteri yang pelik.Pantang bersua,ada je nak dijadikan bahan untuk bertengkar.Elok sangat lah dia orang kahwin pun.

"Kenapa cari Orked kat sini?bukan I tau dia kat mana."

Faliq hampir menangis.Kusut otak dia sekarang ni.Mustahil Jenny tak tahu.Selama ini pun hanya Jenny tempat Orked mengadu.

"Please Jen,i need to see my wife and my son." Rayu Faliq lagi.

Jenny hanya pamer senyum sinis.Padan muka!dah serik dia melihat sahabatnya makan hati.Faliq ni pun satu,dah tak ada otak nak berfikir dengan waras ke?Asyik nak cari kesalahan je kerjanya.

"I tak tahu.You ingat I ni kaunter aduan rakyat ke?"

Bukan dia tidak kasihan,tapi melihat keadaan sahabatnya,dia lebih kasihan pada Orked. Dah lah tak lalu nak makan,Faliq pula suka menyendiri dan buat hal sendiri.Ingat Orked tu tak ada perasaan ke?Anak patung?heii!!geram pula Jenny dibuatnya.

Faliq meraup wajah.Rasa nak menipis kesabaran nya berdepan dengan kakak iparnya.Memang sesuai sangat dengan Muiz.Sama2 kepala batu.

Bunyi derap kasut menghampiri mereka segera di toleh. Muiz!Faliq segera menyapa abang iparnya.Dari tadi lagi dia tercegat diluar pintu apartment Muiz.Jenny pula hanya menjawab soalan nya dari rumah.

Jenny sempat tarik muka masam.Menyampah!Kaki segera di atur masuk ke dalam rumah sebaik saja Muiz memberi isyarat untuk dia masuk. Tangan segera mengeluarkan telefon bimbit.Dalam keras sikapnya,ada juga terselit rasa takut kalau Muiz tahu dia sebenarnya bersengkongkol dengan Orked.Kau buat apa ni Orked?siapa nak selamatkan aku kalau abang gila kau ni tahu perkara sebenar?

Faliq duduk berdepanan dengan Muiz.Sesekali dia menunduk.Tak ubah seperti seorang pesalah yang hanya menunggu hukuman.Gila tak rasa bersalah?Orked adik Muiz kot.

"Aku bukan nak masuk campur bro.Tapi awal lagi aku dah cakap kat kau,Orked pun perlukan sokongan.Dia pun mangsa juga.Tekanan yang dia hadapi sebagai mangsa tu tak sama dengan rasa kehilangan orang yang kita sayang.Tekanan dan di tambah dengan rasa bersalah.Kau tau tak rasa dia macam mana?Aku takut dia trauma lagi."

Terang Muiz panjang lebar.Dah lah adik dia mengandung sekarang ni.Ingatkan adik dia okey je duduk kat rumah agam Faliq.Rupanya Orked melarikan diri.Tapi hairan juga dia,kenapa isterinya tak pernah cakap pun Orked tak tinggal rumah Faliq.Haishh! Nak kena anak cina ni.Dah lah datang rumah dia malam-malam,sebab flat kuarters yang di diami Jenny mengalami paip bocor katanya.
Dia menepuk dahi kuat.Jangan-jangan....

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now