PART 46

7.5K 213 20
                                    


Sedar tak sedar,perkahwinan yang mereka bina sudah menginjak  5tahun.Berbagai onak duri yang mereka tempuhi sepanjang perkahwinan mereka.

Tipu lah kalau kata mereka tak pernah bertengkar,perang dingin dan cemburu buta.Kalau tak merasa semua itu,jangan cakap itu sebuah perkahwinan.Setiap perkahwinan pasti akan melalui pelbagai ujian apa lagi mereka.Di tambah lagi dengan beza usia antara mereka yang jelas ketara.

Orked tersenyum sendiri saat teringat pertama kali dia bertemu pandang dengan suaminya.Dia berdebar saat memandang wajah serius Faliq yang sedang memberikan ceramah tentang kerjaya pada anak-anak murid di sekolah tempatnya mengajar.Dari sana dia seperti gila bayang.

Bila dikenang semula bagaimana dia menggedik mengejar cinta Faliq,dia jadi malu sendiri.Tak sangka pula dia segedik itu.Nasib lah dapat jadi isteri Faliq,dibuatnya Faliq tolak dirinya,dia juga yang malu.

Mata dihala di halaman rumah mereka.Kelihatan tubuh sasa suaminya sedang bermain kejar-kejaran bersama anak-anak kesayangan nya.Luth dan Aralyn berlari laju mengejar ayah mereka.Indah sungguh pemandangan nya saat itu.Semoga rumahtangga mereka berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Hari ini mereka akan menjamu ahli keluarga terdekat mereka kerana suaminya mengadakan majlis kesyukuran disertakan dengan tahlil untuk arwah ibu mertuanya.

Orked mengeluh kecil.Rindu menyapa hati.Nasib baik uminya mahu meluangkan masa untuk menjaganya selama dia berpantang lepas bersalin.Faliq juga tidak kurang membantu.

Aralyn pun sudah berusia 2tahun,anak kecil perempuan nya itu sangat petah dan aktif seperti abangnya,Luth.

Dalam masa yang sama,beberapa orang ahli keluarga terdekat mereka juga kelihatan sibuk membantu untuk acara yang akan diadakan selepas waktu asar nanti.

Tanpa Orked sedar,tubuhnya dipeluk dari belakang.Senyuman nya mula terukir,dia sendiri sudah tahu siapa yang memeluknya.Suaminya tetap romantis walaupun usianya sudah berkepala empat.

            "Sayang tengok apa?"

             "Tengok anak-anak abang yang lasak bermain"

Faliq tertawa kecil.Bila anak-anak mereka lasak,pasti isterinya akan kata mereka anak dia.Bila anak-anak mereka tidak lasak,tahu pula mengaku itu anak dia.

            "Lasak macam mama mereka juga kan." Perli Faliq.

Orked tertawa lepas.Lengan Faliq di pinggangnya di elus lembut.

             "Cepatnya anak-anak kita membesar kan abang.Rasa macam baru semalam je mereka lahir."

Faliq meletakkan dagu di bahu isterinya.Entah apa yang bermain di kepala isterinya sekarang ini.Tiba-tiba saja dia rasakan isterinya sedang beremosi.Ke nak tambah anak lagi ni?Senyuman nakal  mula terukir.

             "Rindu nak ada baby lagi ke?Abang on je kalau sayang nak."

Satu cubitan kuat singgah di pinggangnya.Orked segera berpusing.Geram sungguh dia dengan suaminya.Miang!

           "Sakit lah sayang." Kata Faliq dengan suara yang tertahan.Gila tak sakit,cubitan Orked bukan main-main.

             "Tahu sakit,miang!"

Faliq tertawa kuat.Pandangan saudara mara tidak di endah.Pipi Orked di cubit geram sebelum dikucup bertalu talu penuh kasih.Biar bernanah mata yang memandang mereka.

Biar bernanah mata yang memandang mereka

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
AKU MAHU KAMUDonde viven las historias. Descúbrelo ahora