PART 19

8.6K 213 4
                                    

Humaira mengetap bibir geram.Hanani didepan nya dipandang meluat.Saban hari Hanani mengirim pesanan ringkas padanya mahu bertemu.Kini bila mereka bersua,sepatah kata pun tidak diluahkan oleh Hanani,tetapi wanita itu lebih banyak termenung dan berdiam diri.

"Kau yang beria sangat nak jumpa dengan aku,tapi diam pula.Kau tahu tak,kau dah banyak buang masa aku" Kata Humaira geram.

Hanani pamer senyum.Dia rasa segan tiba-tiba bila bertemu teman nya.Terasa terlalu lama temannya itu menjauhkan diri dari nya.

          "Aku rindu dengan bebelan kau" katanya jujur.Hanya Humaira yang masih setia dengan nya walau apa pun yang menimpa dirinya.Malah sahabatnya itu lah yang sering membantu nya disaat dia di buang jauh oleh keluarganya sendiri.

Humaira tertawa kecil. Dia juga rindu pada sahabat karibnya itu.

         "So how's your life for these few months?"  tanya nya.

Hanani hanya angkat bahu. "Aku macam ni lah,macam yang kau tengok sekarang" jawabnya sambil tersenyum lebar.

         "Hmmm,hidup lagi kau kan"

Hanani senyum.

Kata-kata Humaira kedengaran begitu sinis namun itulah sikap sahabat karibnya.Tidak hiraukan perasaan orang lain.Dia sendiri sudah terbiasa sedari awal perkenalan mereka.Humaira bukanlah seorang yang pandai menjaga hati orang lain ketika menutur kata,tetap dia tahu,Humaira seorang yang baik hati.Dia hanya tegas dan tidak suka berkias.

Tawa keduanya meletus tiba-tiba.Terasa janggal bila mereka berdua dalam keadaan seperti orang asing.

         "Tapi aku tetap tak boleh maafkan kau.Isteri Faliq itu adik aku.Benci macam mana pun aku pada dia,tapi dia tetap adik aku.Darah daging aku.Apa yang kau buat pada dia,bukan lah satu kesalahan yang kecil." Luah Humaira tiba-tiba sebaik saja tawa mereka reda.

Hanani mengeluh kecil.

Humaira memandang wajah sahabatnya yang sedikit suram.Dia mungkin terlalu berterus terang,tapi itu adalah dirinya.Dia lebih suka berterus terang dari berkias.

          "Faliq suami Orked,Faliq adik ipar aku.Mencintai Faliq bukan bererti kau harus memiliki..."

           "Aku sayang Qid.Aku menyesal kerana mempermainkan hati Qid."potong Hanani.

Humaira mengeluh lagi.Degil!

            "Kau tahu tak apa yang kau dah buat pada adik aku?"

Hanani hanya membuang pandang.Sesekali dia menyisip minuman panas didepan nya dengan perlahan.

           "Kau hampir buat dia hilang nyawa."

Hanani mengenggam jemari kuat.Kenapa tiada siapa yang faham dengan kemahuan nya?Kenap tiada siapa yang mahu memahami dirinya?

          "Bukan aku yang buat dia hilang nyawa"

Humaira tertawa sinis.Sahabatnya ini memang buta hati.Terlalu mendambakan cinta suami orang.Terlalu mahukan lelaki yang pernah dibuangnya satu ketika dulu.Susah sangat kah untuk dia mahu menerima kenyataan kalau Faliq bukan untuknya?.

          "Kau fikir,kau boleh ambil tempat Orked?Cuba buka mata kau dan pandang sekeliling.Kalau kau yang pernah bercinta dengan Faliq bertahun-tahun pun tak mampu menawan hati nya semula.Inikan pula nak lawan dengan Orked.Adik aku tak perlu bercinta bertahun pun mampu tawan Faliq hingga ke jinjang pelamin.Kau rasa,senang ke nak tawan Faliq tu?" Bidas Humaira sinis.Cukup untuk buat sahabatnya itu tersedar  dari mimpi.

         "Kau tak faham maira,kau tak rasa apa yang aku rasa.Kau tak lalui apa yang aku lalui sebelum ini."

          "Bercakap dengan kau ni pun buat aku naik darah.Cuma nak pesan je,jangan terlalu berharap terlalu tinggi,aku takut kau kecewa.Aku tahu kau mahukan Faliq kerana mahu Faliq jadi ayah kepada Naim,tapi jangan lupa,Naim dah besar.Dia tahu kebenaran nya juga satu hari nanti.Masa tu kau tak boleh bagi alasan lagi.Aku tak sangka pula kau sanggup ambil suami orang untuk kepentingan diri sendiri hingga meragut nyawa janin yang tak berdosa" Geram betul dia.Baru berangan mahu menjadi ibu saudara,tapi tidak kesampaian kerana tindakan bodoh sahabatnya sendiri.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now