PART 6

9.5K 288 4
                                    

Sri Aisyah hanya memerhatikan gelagat Orked yang masih termenung di hujung jendela bilik tidurnya.Sejak Orked kembali di rumah mereka ini  seminggu yang lalu,itu lah rutin yang sering Orked lakukan.Kembalinya dari kerja juga seperti itu.Suaminya,Haji Darwin juga pernah cuba bertanya namun Orked lebih suka berdiam diri.Sesekali dia mendengar esak tangis anak tirinya itu ditengah malam.Tangisan yang hiba dan sayu.Mereka juga belum tahu apa masalah yang menimpa anak dan menantu mereka.

Menangis!itu yang sering Orked lakukan.Orked takut!Dia bukan sengaja pun.Belum sempat dia menerangkan hal sebenar,Faliq sudah meninggalkan nya dengan kesalahan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu jelaskan.Dua minggu dia dipinggirkan,dua minggu juga tidurnya hanya bertemankan airmata.

Rindu pada Faliq membuak-buak tanpa dipaksa.Sebelum ini diri nya ditinggalkan selama sebulan kerana Faliq perlu menghadiri beberapa acara atas urusan kerja diluar negera.Salah nya kerana tidak berterus terang.Dia lalai!dia cuai!

Teringat kembali pertengkaran besar antara mereka suami isteri,dan itu adalah pertengkaran pertama mereka selama bergelar suami isteri.Namun Hajah Rosnah belum menghidu kedinginan antara mereka,kerana Faliq sangat pandai berlakon didepan ibu nya.Hampa!Ya!dia hampa dan berjauh hati kerana Faliq masih enggan mendengar penjelasan nya.Setiap hari dia datang ke tempat kerja Faliq untuk memujuk nya namun Faliq yang keras hati,yang dingin masih tetap dengan pendirian nya.Tidak mahu mendengar dan tidak lagi mahu ambil tahu akan dirinya.Saban hari dia bertemankan airmata kerana tertekan dengan layanan suaminya.Malah tanpa basa basi,Faliq sendiri menyuruhnya untuk tinggal bersama keluarganya,atas alasan ingin menenangkan diri.Berkecai hati Orked!

Pulangnya Faliq dari luar negara memang ditunggu oleh Orked dengan rasa tidak sabar.Ada berita gembira yang harus dia sampaikan.Dia pasti suaminya teruja.

"I miss you babe!so damn much!" Ucap Faliq penuh romantis sebaik saja dia tiba di lapangan terbang.

Rindu sungguh dia pada isterinya.Selama sebulan berada di luar negara,lena nya tidak pernah nyenyak.Sentiasa terbayangkan Orked.Gila bayang dengan isteri sendiri huh!not that bad.Desis hati kecilnya.

Orked hanya tersenyum,tubuh sasa suaminya dipeluk erat tanpa peduli pandangan orang lain. "I miss you too husband" balasnya teruja.Pipi Faliq dikucup bertalu-talu hingga Faliq membulatkan mata,tanda amaran agar dia menjaga batas nya.Public kut!

Sebaik saja mereka tiba di rumah,Faliq terus mengucup tangan ibunya yang setia menanti dimuka pintu dengan penuh kasih.

             "Pergilah berehat dulu.Mesti penat kan" kata Hajah Rosnah.Tersenyum bahagia dia melihat kebahagiaan yang terpancar dari riak wajah anak dan menantu nya.

Faliq hanya menurut.Begitu juga Orked. "Kejap lagi saya tolong ibu kat dapur ya!" Pesan Orked sambil tersenyum.Hajah Rosnah hanya membalasnya dengan anggukan kecil.

Masuk saja didalam bilik,Faliq terus melepaskan lelahnya dengan berbaring di atas katil mereka.Jet lag!Orked terus menukar baju nya kepada pakaian yang lebih santai agar senang dia membantu ibu mertuanya didapur sebentar lagi.

           Selang beberapa jam Faliq terlelap,dia terus bangun kerana tidurnya terganggu kerana deringan telefon bimbit entah kepunyaan siapa.Dengan malas tangan nya menggagau mencari telefon bimbitnya.Beberapa saat kemudian deringan itu terhenti sendiri.

Faliq terus bangkit dari pembaringan lalu memeriksa telefon bimbitnya tapi kosong!Pasti telefon bimbit Orked yang berdering,kata hati kecilnya.

Melihat beg sandangan isterinya yang berada di atas meja solek,terus saja dia mencari.Terbuntang matanya saat melihat plastik putih dengan preskripsi ubat dari klinik swasta itu.

AKU MAHU KAMUUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum