PART 30

10K 199 11
                                    

Setelah bercuti bersalin selama 3 bulan,kini Orked sudah kembali memulakan hari pertama berkerja.Kembali menjadi seorang tenaga pengajar seperti rutin nya sebelum ini.Terasa janggal dia rasakan,apatah lagi meninggalkan anak kecilnya dalam jagaan ibu mertuanya dan pengasuh.

Faliq berkeras mahu mengupah seorang pengasuh yang boleh menjaga anaknya namun masih dalam perhatian ibu mertuanya,Hajah Rosnah.

Telefon bimbit di tangan diperhati.Jemari runcingnya mula menekan skrin telefon bimbitnya,terpamer gambar mereka sekeluarga.Bibir mula tersenyum sendiri.

Tepukan di bahu nya menyentakan dirinya.Jenny sudah mula mempamerkan senyuman manis.Rindu mahu bergosip bersama gadis ini.

          "Hai,baru mula berkerja dah rindu rumah ke?" Ujar Jenny sambil mengambil tempat duduk di sebelah meja Orked.Tangan juga sibuk menyelak beberapa buah fail pelajar yang mahu di periksa.

Orked pamer senyum nakal.

         "I rindu anak lah.Macam mana lah keadaan Luth sekarang ni kan?lena kah dia?Kenyang ke dia?"

Jenny menjulingkan mata keatas.

          "You ni memang over thinking kan.Dah sah sah lah baby Luth tu tengah tidur sekarang ni dalam jagaan mak mertua you.Agak agak lah kalau nak cari alasan balik awal pun"

Orked tertawa lepas.Saja je dia nak sakat Jenny.Cari nahas lah dia kalau tidak percaya pada ibu mertuanya,malah dia meletakkan kepercayaan sepenuh nya pada Hajah Rosnah dari pengasuh.

           "I tahu lah,saja nak sakat you,Mana lah tahu you dengki"

Jenny tarik muka sekejap.Orked ni memang tak pernah berubah langsung walau dah jadi mak budak.Suka sangat sakat orang.

          "Haih untung lah.I pun nak kahwin lah kalau macam ni.Nak ada anak.Kalau boleh,tiap tahun  nak beranak.Tiap tahun nak cuti panjang.Biar padan dengan muka you.Baru you tahu pening I yang ambil alih kelas you selama you cuti"

Penat tau jadi guru ganti ni.Lain guru,lain lah cara pembelajaran nya,lain cara penyampaian dan sudah tentu lain cara pelajar belajar.Nasib lah pelajar Orked ni jenis yang senang nak tangkap.Tak faham terus je mereka bertanya padanya.Ye lah,bukan calang calang pelajar Orked ni,kelas express tu.Kelas pelajar terpandai.

           "Ye lah,I pegang kata kata you ni.I nak tengok,kau berani lagi ke tak lepas beranak nanti.Jangan lama lama tau.Baby Luth nak ada adik dari you tu." Kata Orked di ikuti dengan tawa kecil.

Jenny menjeling geram. "Amboi,I yang rabak,you senang senang je nak I bagi anak you adik.You lah beranak lagi.Kesian kat Luth,sorang sorang.Tak ada teman bermain"

Orked membulatkan mata.Dah kenapa Jenny ni,Luth yang baru berusia 3 bulan lebih tu mana tau bermain lagi.Sah lah dia kemaruk nak kahwin ni.Memang berderet anak sahabatnya ni nanti.Wah!mesti meriah kan.

"You nak kahwin eh?bila?" Tanya Orked tak sabar.

Jenny menjulingkan mata keatas.Kelvin!huh!benci dia pada lelaki itu.Teman lelakinya kantoi curang.Baru saja dia merancang mahu mengikat tali pertunangan,namun lelaki itu terlalu banyak memberi alasan.Benci!

  Orked hanya diam memerhatikan sahabat karibnya yang mula mendiamkan diri.Bukan dia tidak tahu dengan masalah percintaan yang tidak seindah mana sahabatnya itu.Malah bekas teman lelaki Jenny pun dia kenal.Menyulam cinta seawal dari masing masing bergelar pelajar universiti,namun tidak sampai hingga ke jinjang pelamin.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now