PART 47 -END-

7.6K 229 37
                                    

Selesai saja acara doa kesyukuran dan tahlil untuk arwah Hajah Rosnah dan Ibunya,Orked dan beberapa orang saudara maranya kembali sibuk mengemas ruang tamu yang mereka gunakan tadi.

Humaira juga tidak kurang sibuk.Biarpun dia kurang gemar dalam melakukan kerja-kerja rumah,dia tetap membantu mengemas dan membersihkan.Suaminya Haji Naim pula kelihatan begitu sibuk mengemas diluar rumah.Dan ya mereka berdua telahpun mendirikan rumah tangga setelah keluarga mereka sepakat untuk menyatukan mereka berdua.

Orked mendekati kakaknya yang sedang sibuk mengemas meja.Tubuh itu di peluknya dengan perlahan.

"Terima kasih tau sebab sudi datang" kata Orked.

Humaira ni walaupun berperwatakan agak kasar dan sinis,tapi hati dia baik.Humaira juga lah yang membantu menjaga dirinya sepanjang dia dalam pantang.Kalau dulu mereka tidak lah serapat mana pun,namun kini dia bersyukur kerana hubungan mereka semakin rapat.

"Tak ada hal lah,kalau aku tak datang,siapa pula yang akan mengepalai bacaan doa kesyukuran dan tahlil kat sini?"

Humaira angkat kening.

Orked tertawa kecil,tahu kalau kakaknya sedang merujuk pada suaminya yang terang-terang seorang ustaz.

Hairan juga dia,bagaimana lah Haji Naim itu boleh tergila-gila kan Humaira.Cantik tu memang lah cantik,tapi tahan ke dia dengan mulut laser Humaira?Orked geleng perlahan.

"Ada lah yang di fikir kan tu,kau cakap dengan aku sekarang.Apa yang kau fikirkan?"

Orked tayang gigi yang tersusun rapi dan cantik. "Macam mana lah abang Naim boleh terpikat dengan kau kan?"

Humaira angkat bahu.Kalau ikutkan hati memang tak nak dia bersuamikan Haji Naim.Bukan kerana dia memilih tetapi dia sedar diri.Dia bukanlah seperti perempuan lain diluar sana.Lemah lembut bukan sifatnya.Dia jenis yang lasak dan suka cakap lepas.Berkali dia menolak lamaran suaminya namun suaminya tetap berkeras.Sudahnya mereka kahwin saja lah,biarpun kakak kepada Haji Naim membantah hanya kerana dia tidak bertudung.Ahhh!kisah pula aku nak layan karenah kakak ipar nya yang tak semengah mana pun.

Nasib baik juga lah ibu dan bapa mertuanya menerima dia seadanya.Haji Naim juga banyak membantu dia.

             "Oii kak,aku tanya kan......"

Humaira membuang nafas perlahan.Tangan tidak duduk diam,tetap membersihkan mana yang patut.Malas mahu membuka cerita.

"Sibuk je nak tahu.Dah,pergi sana."

Orked tertawa kecil saat tubuhnya di tolak kasar.Tahu kalau Humaira hanya berseloroh.Dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakaknya.Dia pasti Humaira akan berlembut hati.

Selendang Humaira yang hanya menutupi separuh dari rambutnya di pandang penuh minat.Sekurang-kurangnya kakaknya dalam menuju kearah kebaikan.Nak berubah bukan lah bermaksud berubah mengejut.Islam itu kan indah.Semuanya secara perlahan sama seperti dirinya asalkan mereka tidak meninggalkan perkara yang wajib seperti solat.Itu yang sering ditekankan oleh ayah dan umi nya.

                    *********************

Humaira dan suaminya segera meminta diri kerana hari sudah pun larut malam,tambahan pula mereka akan bekerja pada keesokan hari nya.Sementara Haji Darwin dan Sri Diah akan bermalam di rumah kediaman Orked.Itupun selepas dipujuk oleh Orked kerana terasa rumahnya sunyi sebaik saja para tetamu mula meninggalkan mereka sebaik saja habis acara.

Muiz pula sedang sibuk memasukkan barang keperluan mereka dalam kereta kerana mereka juga bakal berangkat pergi sebentar lagi.Jenny pula memangku anak perempuan kecil mereka yang sedang nyenyak tidur hanya duduk menunggu panggilan dari suaminya.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now