PART 33

8.9K 204 7
                                    


Kertas kerja yang baru saja selesai dipandang sebelum keluhan terlepas dari bibirnya.Terlalu banyak kerja hingga dia merasa jauh dari isteri dan anaknya.Selama berminggu dia dan teamnya bertungkus lumus.Bila ia nya melibatkan kes elit,bukan perkara senang dan mudah seperti yang dimainkan dalam drama.Terlalu banyak komplikasi nya.Dia tersenyum herot saat terkenang kes yang baru saja selesai di mahkamah.

Faliq mengurut pelipis dengan perlahan.Telefon bimbit di telek sebentar,berkerut dahinya bila tiada satu pun pesanan ringkas diterima dari isterinya.Jam sudah menunjukkan angka 11 malam.Bergegas dia bangun dari tempat duduknya.Hanya mengemas sedikit sebelum beredar meninggalkan ruang kerjanya.Lagipun esok pasti setiausahanya akan membantu mengemas meja kerjanya.Sempat juga dia menyapa pak guard yang bertanggungjawab untuk meronda kawasan pejabatnya.

Sebaik saja tiba diperkarangan rumah agam milik keluarganya,laju saja langkahnya di atur menuju ke dalam rumah saat matanya tidak sengaja terpandang lampu bilik tidurnya masih terang.Pasti isterinya belum tidur.Senyuman mula terukir nakal.

Orked hanya tersenyum saat melihat tubuh tegap suaminya berada di bilik tidur mereka.Melihat wajah lesu Faliq membuatnya jatuh sayang dan semakin cinta.Suaminya berkerja keras untuk mereka dan keluarga mereka.Mungkin kerana Faliq hanya satu satunya anak tunggal,jadi tidak hairan jika dia terbeban dengan semua kerja.Malah syarikat guaman yang sedang Faliq jalankan adalah syarikat guaman milik arwah ayahnya sendiri.Sudah pasti Faliq begitu sarat dengan masalah ditempat kerja.Namun suaminya begitu bijak mengawal riak,dan sangat profesional.Jarang dia melihat suaminya membawa atau membincangkan hal kerja ketika berada di rumah bersama mereka.Quality time with family.Itu yang sering Faliq katakan padanya.

Faliq merenung wajah polos isterinya penuh kasih.Senyuman isterinya sentiasa terukir menyambutnya.Langkah di atur mendekati susuk tubuh kecil milik Orked.Jujur dia rindu pada isterinya.Dia takut andai isterinya merasa terabai kerana kesibukan nya.Hanya sempat meluangkan masa bersama anaknya,Luth itupun ketika isterinya sudah keluar bekerja.

Baru saja tubuh isterinya mahu berpaling,segera pinggang kecil isterinya di peluk erat dari belakang.Sempat dia menghidu bauan tubuh Orked. 

            "Ah....I missed you so much sayang" luahnya perlahan.Kepala diletakkan di bahu isterinya.

Orked tahan senyum,tipu lah kalau dia tidak rindu,dia juga rindu pada suaminya namun dia harus akur dengan kesibukan suaminya.
Juntaian rambut Faliq di bahu di elus penuh kasih.Terasa pelukan semakin kejap,dan lengan Faliq mula liar.'Hishh!dia ni kan,suka ambil kesempatan' gerutu Orked dalam hati.

Lengan Faliq di tampar perlahan. "Pergi mandi,sayang sediakan makan malam untuk abang"

Faliq menggeleng. "Abang nak makan sayang boleh tak?lapar tengok sayang macam ni" usik Faliq miang.

Orked tertawa kecil. Tubuh suaminya di tolak perlahan tapi sedikit kuat. Mahu menjauhkan diri dari si suami.

"Abang,jangan lah.Mandi cepat."

"Okay" sahut Faliq malas,namun sempat tubuh kecil Orked di cempung dan di bawa masuk ke bilik mandi.

"Abang!sayang dah mandi,say......"

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now