PART 40

6.5K 202 11
                                    


Faliq tersenyum kecil melihat muncung isterinya.Sejak petang tadi lagi isterinya buat mimik muka tanda mogok dengan keputusan nya.

Tubuh kecil isterinya yang sedang duduk sambil menyandar di kepala katil diperhati penuh minat.Perlahan dia mengambil tempat duduk di sebelah Orked.Jelingan Orked hampir membuat tawanya lepas.

"Sayang" panggil Faliq dengan lembut.

Orked pura-pura tidak dengar.Tangan segera mencapai telefon bimbit yang berada tidak jauh darinya.Namun belum sempat dia memggapai telefon bimbitnya,lengan nya terlebih dahulu di capai Faliq.

"Sayang,abang panggil ni"

Orked merengus kecil.

"Okay,sekarang cakap dengan abang.Kenapa sayang marah sangat sekarang ni?" Tanya Faliq.

Orked menarik jemarinya dari genggaman suaminya.Dia menunduk sambil bermain jari sendiri.

Dia bukan marah pada suami nya.Cuma dia tidak setuju dengan keputusan yang di buat oleh Faliq untuk turut sama bermalam di kampung halaman ayahnya.Dia tidak mahu Faliq mendengar segala hinaan yang bakal di lemparkan kepadanya oleh saudara mara sebelah ayahnya.Sedari kecil dirinya di hina.Malah dia tidak pernah disayangi selayaknya seperti adik beradinya yang lain.Sejak itu,dia tidak pernah lagi menampakkan wajahnya pada keluarga sebelah ayahnya.

"Sayang....." panggil Faliq lagi.Kali ini tubuh isterinya di tarik ke dalam pelukannya.

"Tell me"

Orked memandang lurus ke dalam mata Faliq dengan mata yang berkaca.Sungguh dia tidak tahu apa yang harus dia katakan pada Faliq.Selama ini dia selesa bila berada bersama suami dan keluarga kecilnya.

Bahu Orked di elus penuh kasih.Faliq tersenyum kecil.Dia tahu kenapa isterinya tidak puas hati dengan keputusan nya.Semuanya sudah dia tahu.Namun dia membuat keputusan itu pun kerana permintaan dari ayah mertuanya sendiri yang ingin menjernihkan kembali hubungan isterinya dan ahli keluarganya yang lain.

"Tak ada apa lah" Orked malas mahu mengingati zaman kanak-kanak nya yang tiada kenangan manis.

Faliq memeluk tubuh Orked dengan erat.Ubun-ubun isterinya di kucup penuh sayang.Sebolehnya dia mahu menjaga hati isterinya.Dia mahu isterinya tersenyum dan bahagia selalu tanpa ada satu pun yang mampu mencalar hatinya.Dia tidak mahu Orked kembali murung.Cukuplah dengan kesalahan yang pernah dia lakukan.

Bukan senang untuk dia mengembalikan kepercayaan Orked padanya.Memakan masa berbulan juga dia berusaha untuk memujuk hati Orked yang jelas terluka.Apalagi di saat isterinya benar-benar memerlukan dirinya ketika mengalami keguguran anak pertama mereka.Malah kini dia lebih bersyukur dan lebih menghargai keluarga nya.

           "Kita bermalam kat kampung ayah ye" pujuk Faliq lagi.

Tubuh Orked mengeras.

           "Kita pergi ziarah nenek sayang.Ayah cakap nenek tak berapa sihat sekarang ni.Lagipun ada majlis tahlil...."

Orked mengeluh.Kali ini dia terpaksa mengalah.Tubuh suaminya di tolak kuat.Rimas bila Faliq memeluknya erat.

          "Tapi tak nak bermalam kat sana.Nak tidur hotel.Tak kira jauh atau dekat.Nak hotel juga"

Faliq tersenyum.Sempat di kucup muncung isterinya dengan lembut.Geram tiba-tiba bila isterinya merajuk.

           "Okay,anythinh for you sayang."

Orked turut sama tersenyum.Hatinya cepat mencair bila bersama suaminya.Macam mana lah dia nak merajuk lama-lama,kalau Faliq pandai memujuk.

           "Abang"

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now