PART 7

9.4K 268 11
                                    

Dengan geram dia meluku dahi anak lelakinya.Siapa yang tidak geram,anak menantu nya sudah lama tidak pulang.Tiap kali dia menghubungi,berbagai alasan yang diberi.Entah kenapa dia tidak sedap hati dengan hubungan anak dan menantunya.Pagi itu dia terus pergi berziarah ke rumah besan nya.

Gembira dan teruja mendengar khabar yang baru disampaikan oleh besan nya namun malu dan hampa dengan perangai anak lelakinya.Ketika dia berada dirumah Haji Darwin dan Sri Aisyah pun,Orked masih berada di tempat kerja.Sengaja dia pergi waktu pagi agar dapat mengambil tahu apa yang terjadi pada rumah tangga anaknya.Sri Aisyah turut bertanya benda yang sama.

            "Harapnya tak ada masalah yang besar pada anak-anak kita.Ye lah,rumahtangga pun masih baru,asam garam kehidupan yang perlu anak-anak kita tempuhi" kata Hajah Rosnah.

Sri Aisyah turut mengia kn.Haji Darwin yang duduk disebelah juga mengangguk perlahan.Semakin menjadi rasa bersalahnya pada anak bongsunya biarpun hubungan mereka kini baru membaik.

            "Biar lah Orked dan Faliq sendiri yang menyelesaikan masalah rumahtangga mereka,kita hanya mampu memberi nasihat untuk mereka.Lagipun Orked sekarang sedang berbadan dua,emosi perempuan mengandung ni memang sensitif" balas Haji Darwin perlahan.

Tersenyum Hajah Rosnah mendengar khabar gembira itu.Alhamdulilah!bakal bergelar nenek tidak lama lagi.

              "Kalau macam tu saya balik dulu,Inshaa Allah semua akan baik-baik saja."

Sri Aisyah menghantar Hajah Rosnah hingga di halaman luar rumah,dimana pemandu Hajah Rosnah sedang setia menanti disebelah pintu kereta.

           Faliq menggosok dahinya berkali.Walaupun diluku dengan perlahan,sakitnya tetap ada.Dia tahu ibunya marah dan geram dengan nya,tapi kalau lah ibu nya tahu apa yang Orked lakukan,masihkah ibu nya mahu membela menantu nya?

Menyebut nama Orked,tiba-tiba dia rasa rindu.Sejak Orked meninggalkan rumah,belum pernah lagi dia bertemu atau menghubungi isterinya.Tipu andai dia kata dia tidak rindu.Malah dia terlalu rindu sehingga sering kali dia tersasul memanggil setiausahanya dengan nama Orked.Malah Hanani pun di panggil Orked.Parah!Apa khabar isterinya sekarang?

Hajah Rosnah semakin geram.Lengan anaknya dicubit kuat hingga Faliq mengaduh sakit.

"Sakit lah ibu" Adu nya sambil menggosok lengan nya.

"Sakit?hati ibu lagi sakit tahu tak!Sampai hati Faliq tipu ibu.Tak kesian dekat Orked ke?"Marah Hajah Rosnah.

Turun naik nafasnya menahan marah.

               "Faliq bukan tak nak cakap kat ibu,tapi Faliq tak mahu keruhkan lagi keadaan kami.Kalau lah ibu tahu..."

Belum pun dia sempat habis kan,Hajah Rosnah kembali menampar lengan Faliq dengan kuat.

              "Habis tu,kenapa tak cakap dengan ibu,Orked mengandung???Kenapa biarkan Orked tanggung seorang?Faliq tak kesian dekat Orked ke?"

Faliq mendengus marah.Orked,Orked,Orked...kerana Orked dirinya di marah oleh Hajah Rosnah.

                "Ibu please!Orked,dia ambil pil....what did you said just now?"seakan baru tersedar dari mimpi.Orked mengandung?betul ke apa yang baru saja didengarnya sebentar tadi?atau hanya mimpi?

Hajah Rosnah menjeling tajam.Hah!sekarang baru nak ambil tahu?Tu lah,asyik ikut kepala batu sendiri.Terlalu ego hingga tidak mahu mendengar penjelasan dari yang empunya diri.Bukan dia tidak tahu pil perancang yang berada dalam beg tangan Orked itu kepunyaan kawan sekerja Orked.Orked hanya membantu kawan nya untuk membeli di klinik swasta.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now