PART 23

9.1K 220 12
                                    

Adam Mikael merenung sesusuk tubuh yang hanya duduk termenung di ruang tamu nya.Pulang nya dari kerja,dia terus terlelap sebaik saja dia membersihkan diri.Belum terlalu lama dia terlelap,pintu biliknya di ketuk oleh pembantu rumahnya yang separuh baya.

           "Tuan ada tetamu"beritahu pembantu rumah nya.

Adam hanya mengangguk perlahan.Dia terus memasuki kamar mandi nya untuk membasahkan wajahnya,biar terasa sedikit segar walaupun kantuknya masih terasa.Siapa lah tetamu nya ini.Jarang sungguh dia menerima kedatangan tetamu di rumahnya.

          "Ada apa you datang rumah cari i ni?" Soalnya tanpa basa basi lagi.

Mendengar soalan itu dari tuan rumah membuatkan Hanani mengangkat wajah.Dia hanya membuang nafas.Adam terus mengambil tempat duduk di depan nya.

Kalau bukan disebabkan Naim,tidak ingin dia menjejakkan kakinya ke rumah lelaki perogol seperti Adam.Dia lagi rela hidup sendiri dari menjadi isteri Adam.

"I pun tak kemaruk nak datang rumah you yang tak seberapa ni."

Ewah!bukan main lagi mulut Hanani membalas.Tak seberapa?Adam memandang sepelusuk rumah nya yang boleh di kategorikan agak mewah.Boleh pula wanita di depan nya ini kata tidak seberapa?

          "I datang sini sebab Naim nak jumpa you" tanpa membuang masa,laju saja Hanani memberitahu hasrat kedatangan nya.Dia malas mahu berlama di rumah lelaki itu.Benci!Meluat!

Adam hanya angkat kening sambil tersenyum herot.

         "Sejak bila pula you boleh kalah dengan permintaan anak I?Bukan selama ni you boleh je layan karenah anak I?" Perli Adam lagi.

Hanani menarik nafas panjang.Terasa amarah nya hampir melepasi sempadan yang sepatutnya.

Melihat Hanani yang membisu untuk sudah cukup membuatkan Adam tertawa kecil.Dia tahu sebab sebenar kedatangan Hanani ke rumahnya.Pasti lah isterinya itu sudah menerima surat dari peguam nya.'Nak sangat bermain dengan aku kan,meh sini!aku bawa kau main'.Bisik hati Adam suka.

Hanani menghela nafas panjang.Tiba tiba dia kaku dan membisu.Padahal sebelum keluar rumah lagi dia sudah merangka ayat yang akan di sembur nya pada Adam.Bila berdepan,dia kelu.

"I guess you received it already'

Adam senyum herot.Masih menantikan kata kata yang akan diluahkan dari bibir wanita di depan nya.

"Sampai hati you kan?You siapa nak tuntut hak penjagaan anak I?"

Adam tertawa lepas.Wanita ini tidak pernah gentar dengan dirinya.Benci sangat kah Hanani pada diri nya?Malah dia sudah bersedia untuk sama-sama bertanggungjawab membesarkan anak mereka.Dia tidak pernah melarikan diri dari tanggungjawabnya,hanya Hanani yang tidak pernah mahu memaafkan dan tidak mahu menerima dirinya.

"You sendiri tahu keputusan mahkamah bagaimana kan?I boleh menang walau tanpa bertanding."

Airmata terasa bergenang dikolah matanya,benci mula membuak-buak.Tidak cukup lagi kah lelaki itu mahu menyeksa hatinya?

"You tak pernah bagi I peluang untuk jadi ayah yang baik untuk anak kita.Jadi dimana salah I?"

Hanani diam.Air mata mula mengalir perlahan namun dikesat dengan pantas.Tidak mahu dipandang lemah.

"Tapi tak perlu you tuntut hak penjagaan.Selama ini pun,I yang bersusah payah membesarkan Naim.Bukan you!!" Suara mula naik seoktaf.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now