PART 31

7.8K 202 12
                                    

Jam di tangan dibelek perlahan.Faliq semakin resah.Resah kerana isteri kesayangan mula buat perangai.Jenuh dia menepis,namun godaan si isteri semakin menjadi.Terkadang dia terasa seperti di jampi isteri sendiri.Hishh!

Mesyuarat yang berlangsung sudah memakan masa melebihi 2 jam lebih.Telefon bimbit pula tidak berhenti bergetar.Kerana dia sedang menghadiri mesyuarat,telefon bimbitnya di set kan silent mode.

Kerana dia sedang menghadiri mesyuarat,telefon bimbitnya di set kan silent mode

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

           From: My wife.

           I miss you!😉

Membulat anak mata Faliq merenung gambar yang baru diterimanya.Isterinya mahu keluar bersama sahabat karibnya bukan lah satu masalan besar baginya.Namun melihat kepada pakaian si isteri membuat dia tidak senang duduk.

Semenjak menjadi seorang ibu,tidak keterlaluan jika Faliq sendiri sentiasa memuji penampilan isterinya yang semakin menyerlah.Terbit rasa cemburu namun sempat di tepisnya.

To:My wife

Takde baju senonoh ke?kenapa pakai baju tak cukup kain?

Sent!

Dia menyempatkan diri untuk membalas pesanan ringkas isterinya.Orked betul betul mahu kena dengan nya.Siap lah balik rumah nanti.

Buzz!!buzzzz!!

Getaran telefon bimbit terasa.Laju saja jarinya menekan skrin telefon bimbitnya.

From:My wife

🤭😘

Hanya emoji saja balasan dari si isteri.Memang tak senang duduk Faliq.Selang beberapa minit,mesyuarat mereka juga selesai.Tanpa membuang masa,terus saja Faliq memasuki bilik kerjanya.Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 6 petang.Sebaik saja mengemas meja kerjanya,dia terus keluar meninggal pejabatnya.Nasib baik lah esok cuti awam.

Orked ni pun satu,macam tak boleh keluar esok je gamaknya.Nak juga hari ni.Telefon bimbit di ambil sebelum menghubungi nombor telefon bimbit si isteri.Tak berjawab!

Gelisah betul Faliq sepanjang perjalanan balik ke rumah.Risau tanpa sebab.Dia seperti orang sasau hanya kerana isterinya keluar bersama sahabatnya.Bukan Orked tidak pernah keluar bersama Jenny,pernah,tapi sebelum bersalin.Selama Orked kembali berkerja,memandu sendiri pula tu,tak pula dia risau macam ni sekali.

Ini bukan risau tapi lebih kepada cemburu.Takkan lah dia cemburu pada Jenny?Ah!boleh gila dia kalau setiap kali Orked keluar ,dia mula berfikir yang tidak-tidak.

            "Assalamualaikum" sapa nya sebaik saja dia tiba dimuka pintu.

Hajah Rosnah yang kebetulan berada di taman bunga menjawab perlahan.Tubuh kecil Luth juga berada dalam dukungan nya.Petang petang begini,memang sudah menjadi rutin nya membawa cucu kesayangan nya untuk berborak dengan tumbuhan alam peliharaan nya.

AKU MAHU KAMUWhere stories live. Discover now