CHAPTER 026

151 16 2
                                    

Jimin berjalan menuju ke bilik ward pesakit bernama Kim Taehyung bersama dengan buah tangan. Kelibat Inspektor Choi sedang berdiri sambil bersandar pada dinding di hadapan ward lelaki itu menarik perhatiannya. Lantas dia bergerak ke arah lelaki itu.

"Kenapa berdiri kat sini?" Tanya Jimin tanpa menyapa lelaki itu dengan betul.

Inspektor Choi yang berada dalam lamunanya, tersentak. Terus dia melihat ke arah Jimin dengan mata yang tajam. Nasib jantungnya masih boleh bertahan!

"Kawan-kawan Taehyung datang melawat," jelas Inspektor Choi.

"Ye ke? Wrong timing lah aku datang!" Keluhan kecil terluah dari bicaranya.

Lalu, Jimin mengikut lelaki itu bersandar pada dinding. Hadiah di tangan diletakkan di atas lantai bersebelahannya. Mereka berdua sama-sama termenung dalam dunia sendiri.

Di dalam bilik ward,

Taehyung baru sahaja selesai menyiapkan dirinya. Rambutnya yang basah dilap dengan kain tuala kecil yang tersangkut pada lehernya. Dia menutup pintu tandas sebelum tercengang.

Kelihatan beberapa orang lelaki sedang berdiri di hadapan katilnya. Mereka bukan berdiri seperti patung cendana tetapi bertungkus-lumus dalam menyediakan sedikit makanan di atas meja kecil yang bersambung dengan katil.

Kelakuan mereka terhenti apabila terdengar pintu tandas ditutup, kuat. Mereka terus mengalihkan pandangan ke arah penyiasat itu.

"Korang ni siapa?" Tanya Taehyung dengan kerutan di dahi.

Tidak lama, seorang lelaki yang selalu tersenyum, ketawa kuat. Dia terus menghampiri Taehyung sebelum dirangkul bahu lelaki itu, mesra.

"Kau ni lawaklah, Taehyung!" Sambil menepuk-neluk bahu Taehyung beberapa kali.

Taehyung yang keliru dengan kedatangan beberapa orang lelaki, terkejut apabila namanya dikenal mereka. "Kau kenal aku?"

Wajah J-Hope terus berubah. Ketawanya tidak lagi kedengaran. Jin juga sama diam, memikirkan keadaan yang baru berlaku.

"Kau tak kenal kami?" Jin bertanya penuh hemat.

Taehyung menggelengkan kepala sebagai jawapan. Wajah J-Hope di sebelah sedikit berubah. Dia rasa bersalah apabila ketawa sebentar tadi.

"Maafkan kami sebab masuk masa kau mandi. Dahlah tak perkenalkan diri. Actually, kami kawan satu sekolah," ujar Joshua yang dari tadi hanya memerhati.

"Oh, maaf juga sebab tak kenal korang," balas Taehyung, mula mengukirkan senyuman.

"Takpe. So, kau macam mana? Dah sihat? Kami semua risau bila tengok kau unconscious hari tu," Jelas terukir kerisauan pada wajah Jin apabila dia berkata sedemikian.

Taehyung mengukirkan senyuman sebelum mendepakan kedua-dua tangannya. "Korang rasa macam mana?"

Keningnya diangkat berkali-kali. Wajah mereka semua mula dihiasi dengan senyuman tatkala melihat telatah Taehyung yang mencuit hati itu.

"Gyujin, bak sini jap pinggan tu!" Joshua mengarah sambil jari telunjuknya menuding ke arah sebuah pinggan yang berisi sepotong dua epal berdekatan dengan tempat berdirinya lelaki itu.

Gyujin menghulurkan pinggan tersebut kepada lelaki itu dan disambut baik olehnya.

"Eh, takpe! Aku boleh ambil nanti kalau lapar," tolak Taehyung, tidak mahu mereka bersusah-payah membantunya sedangkan tangan dan kakinya masih berfungsi.

"Siapa cakap ni untuk kau? Aku minta tolong Gyujin sebab aku yang nak!" Kata-kata Joshua itu berjaya dibalas dengan hempukan dari Jin yang berdiri di sebelah.

"Aduh, sakitlah!" Adu Joshua sambil menggosok-gosok lembut kepalanya yang diketuk sebentar tadi.

Taehyung tergelak melihat kelakuan kawan sekolahnya. Apabila melihat Joshua, dia yakin lelaki itu memang seorang yang kelakar. Dia tidak memarahi lelaki itu malah, dia terhibur dengan jenaka spontannya.

Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan mereka berlima. Lalu mereka semua berkalih pandang ke arah satu sosok seorang lelaki di hadapan pintu. Senyuman mereka bertukar.

Joshua memandang wajah lelaki itu dengan kerutan di dahi. Sepertinya dia pernah melihat wajah lelaki itu, namun dia tidak pasti di mana dan bila mereka bertemu.

"Perkenalkan aku abang Taehyung, Kim Jimin," Lelaki itu mula berbicara dengan memperkenalkan diri kepada mereka.

Serta-merta, Joshua teringat kejadian dia, S.Coups dan Mingyu bertemu dengan Taehyung dan Jimin di sebuah kafe. Jadi, benarlah identiti lelaki itu adalah abangnya?

"Patutlah macam pernah nampak," tanpa disangka, gumamannya kedengaran kuat.

"Did you know me?" Soal Jimin menyebabkan Joshua tersentak. Air liur diteguk, perlahan sebelum kepalanya mengangguk.

Taehyung mengerutkan kening. Dia keliru apabila Joshua mengakui dia mengenali Jimin. Bagaimana mereka berjumpa? Atau dia pernah memperkenalkan Jimin kepadanya?

"Kita jumpa kat mana?" Jimin bertanya sambil cuba mengingati wajah lelaki di hadapannya.

Joshua kelihatan ragu-ragu untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Kau nak makan?" Soal Taehyung menghentikan renungan Jimin pada wajah Joshua.

Dia tahu lelaki itu berasa tidak selesa dari raut wajahnya. Jadi, dia mengambil keputusan untuk mencelah perbualan mereka. Dengan itu, Jimin tidak akan bertanya dengan lebih lanjut tentang pertemuan mereka.

"Boleh juga. Aku pun lapar ni. Ni aku ada belikan sedikit buah tangan untuk kau," Jimin berjalan menghampiri Taehyung sebelum meletakkan sebungkus plastik berisi buah-buahan di atas meja kecil yang bersambung dengan katil pesakit.

"Thanks," balas Taehyung, ringkas.

"Apa tunggu lagi. Jom kita makan," ajak Taehyung bersemangat kepada kawan-kawannya.

Jin yang diam memerhati, menganggukkan kepala. Dia terus mencapai pinggan plastik di bawah sebelah katil pesakit. Manakala yang lain membantu apa yang patut. Mereka semua lincah menyediakan makanan kepada Taehyung.

BERSAMBUNG
Kita chill² je okay dlm chapter ni 🙃

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now