CHAPTER 023

149 17 1
                                    

Taehyung terus dikejarkan ke hospital berdekatan. Para pelajar yang berkumpul menghantar lelaki itu dengan pandangan yang terkejut. Mereka diminta bertenang oleh para guru di situ.

S.Coups diam memerhati ambulans yang meninggalkan kawasan sekolah. Dalam fikirannya, dia berkecamuk memikirkan perkara itu. Apa yang sudah berlaku?

"Hey, jom kemas barang!" Ajak Mingyu yang muncul tiba-tiba di sebelah lelaki itu.

"Kau pergilah dulu. Nanti aku menyusul," balas S.Coups tanpa memandang ke arah Mingyu.

"Kau still fikir pasal Taehyung ke? Dia akan okey. Trust me," ujar Mingyu mahu menghilangkan kegundahan dalam hati kawannya.

"Aku perlukan waktu bersendirian. Sorry," S.Coups terus berlalu pergi meninggalkan Mingyu bersendirian.

🔎

DUA BULAN SEBELUM

S.Coups berlari pantas menaiki anak tangga menuju ke kelas di tingkat tiga. Dia mahu mengambil barang yang tertinggal di dalam kelas. Buku nota yang diperlukan untuk mengulangkaji bagi sesi kuiz pada keesokan hari tertinggal di bawah meja.

Sampai sahaja di tangga atas, dia tercungap-cungap keletihan. Dia berhenti seketika untuk memulihkan semangatnya. Beberapa minit selepas itu, dia kembali berjalan ke kelas.

Sebaik sahaja tiba di hadapan kelas, dia disapa dengan bayangan dua orang lelaki di dalam kelas. Seorang guru dan seorang lagi pelajar. Guru itu sedang duduk di atas meja berhadapan dengan pelajar lelaki yang menundukkan wajah.

S.Coups terus menyorok di sebalik pintu, cuba mencuri dengar perbualan mereka. Suasana di antara mereka kelihatan tegang.

"Aku dengar kamu perlukan duit sebanyak tiga ribu ringgit," guru itu memulakan bicara.

Pelajar itu masih berdiam diri.

"Aku boleh bagi kau duit tu," katanya lagi. Tanpa menunggu lelaki itu menjawab, dia terus mengeluarkan sampul berwarna koko dari dalam poket kemejanya.

Guru itu menghulurkan sampul tersebut kepada pelajar itu. Namun, pelajar itu kelihatan ragu-ragu untuk mengambilnya.

"Why? Just take it!" Ujar lelaki itu dengan senyuman yang kelihatan menyeramkan.

Pelajar itu terpaksa mengambil sampul berkenaan dari tangan lelaki itu. Dia membuka sampul tersebut, mahu melihat isi dalam sampul itu.

"Dalam dunia ni nothing is free. So, kau setuju untuk tolong aku?" Tanya lelaki itu.

Pelajar itu menghentikan tindakannya. Dia memandang ke arah guru tersebut. "Aku tak kata setuju pun."

"Well, you need this money. That's why you come to see me, right?" Lelaki itu terdiam.

Guru itu bergerak menghampiri pelajar itu sebelum dirangkulnya bahu, erat. "Aku akan tolong kau balas dendam pada kumpulan pembuli tu. Just you and me."

"Aku tak nak bunuh dorang," kata pelajar itu tiba-tiba.

S.Coups yang mencuri dengar terkejut. Dia mengintai di sebalik pintu. Suara itu! Suara Luhan! Apa maksud lelaki itu?

"Kau tak perlu buat apa-apa pun. Aku yang akan uruskan semuanya. Cuma kau kena pastikan dorang semua ada kat gym petang esok," kata guru lelaki itu.

"Promise me that you won't kill them," kata Luhan, tegas.

Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman, misteri tanpa membuat perjanjian.

🔎

Setiap kali lelaki itu mengingati kejadian itu, dia pasti ketakutan. Selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai itu berlaku, S.Coups sering mencari pasal dengan Luhan.

Dia mahu Luhan tahu yang dia pun boleh buat lelaki itu merana seperti dia dan guru itu buat pada kawan-kawan dia. Dia tidak berdendam namun, kematian mereka membuatkan dia mahu menuntut keadilan.

S.Coups mencari kelibat Luhan di sebalik orang ramai. Lelaki itu tidak kelihatan sejak Taehyung dihantar ke hospital. Guru lelaki yang bersekongkol itu juga tidak kelihatan.

Tiada siapa yang tahu pembunuh sebenar melainkan dirinya dan mangsa pembunuhan lepas iaitu Kim Dong Hyuk.

S.Coups tidak berani membuka mulut kerana dia bimbang sekiranya nyawanya berada dalam keadaan bahaya. Dia tahu lelaki yang berperan sebagai guru di sekolah itu amatlah membahayakan.

🔎

Inspektor Choi melihat Taehyung yang masih belum sedarkan diri. Kata doktor, keadaannya sudah stabil. Tusukan pada perutnya agak dalam tetapi tidak mengena pada organ dalaman.

Kepalanya masih berbalut. Inspektor Choi melepaskan keluhan kecil. Melihatkan keadaan Taehyung yang masih belum sedarkan diri, hatinya diruntun kesedihan.

Perlahan-lahan, ingatanya kembali kepada waktu dimana Taehyung ditemukan di bilik stor.

Inspektor Choi berjalan pantas, mencari Taehyung yang tiba-tiba sahaja hilang. Kerisauan jelas terpancar pada raut wajahnya. Dia cuba mencari Taehyung di bilik gym yang pernah dijadikan sarang pembunuhan suatu ketika dahulu.

Dalam perjalanan ke sana, kelihatan seorang pengawal keselamatan berlari dalam keadaan panik menuju ke arahnya.

Lelaki itu berlari dengan keadaan kelam-kabut. Inspektor Choi menghentikan langkah lelaki itu.

"Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi ke?" Tanya Inspektor Choi dengan wajah yang meminta jawapan.

"Someone just get stabbed," jelas lelaki itu.

"Apa!?" Suara Inspektor Choi naik seoktaf kerana terkejut. Dia sudah berasa tidak sedap hati sedari kehilangan Taehyung.

Terus Inspektor Choi berlari menuju ke bilik stor yang dimasuki lelaki tadi. Pintu terbuka luas. Suasana gelap sedikit menghalang deria penglihatannya untuk melihat sekitar kawasan.

Tubuh yang terbujur kaku di hadapan Inspektor Choi segera dihampiri. Lekas dia mengeluarkan telefon pintar miliknya dan mendail 911 bagi melaporkan kejadian yang berlaku.

Tubuh tersebut terus diangkat dan didukung di belakang tubuhnya dibantu oleh pengawal keselamatan. Inspektor Choi berlari menuju ke padang menyebabkan para pelajar yang melihat, terkejut dengan keadaan Taehyung.

"Macam mana keadaan Taehyung?" Tanya satu suara mengejutkan Inspektor Choi dari lamunan singkatnya.

"Kau siapa?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Oh, sorry! Saya, Jimin kawan baik Taehyung," balas lelaki itu sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

Huluran disambut. Mereka saling berbalas senyuman. "Apa dah jadi?"

"Dia kena tikam. Tapi jangan risau. Sekarang keadaan dia dah stabil," balas Inspektor Choi.

Jimin berjalan menghampiri Taehyung. Kerusi di sebelah katil diduduki. Wajah Taehyung yang seperti sedang tidur itu dipandang. Sedih hatinya melihat keadaan kawannya itu.

"Siapa yang buat kat kau?" Tanya Jimin kepada tubuh kaku Taehyung. Dia mengeluh kecil.

Manakala Inspektor Choi mengundurkan diri. Dia memberi ruang kepada sahabat Taehyung untuk melawat. Terus dia keluar dari bilik itu dan menunggu sehingga lelaki itu selesai melawat.

BERSAMBUNG
Sies kali ni saya takde idea nak smbung.. Sorry sbb tunggu lama. Saya akan cuba perah otak ye, readers.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now