CHAPTER 029

89 12 0
                                    

"Kalau kau tak nak mati, just get out from this school!" Suara seorang lelaki yang tidak jelas kelihatan wajahnya kedengaran mengejutkan Taehyung dari tidurnya. Matanya terus dibuka. Dia melihat keadaan sekeliling yang gelap, hanya dibiaskan cahaya bulan dari luar. Wajahnya sudah dibasahi dengan peluh.

Pintu dibuka kedengaran dari luar. "Kau okey?"

Taehyung berpaling ke pintu sekilas sebelum kembali mengarahkan kepalanya ke hadapan. Mimpinya sebentar tadi kedengaran nyata. Suara lelaki itu kedengaran familiar tetapi dia tidak boleh mengingati dimana dia pernah mendengarnya.

Lelaki di pintu sebentar tadi terus bergerak ke sebelah Taehyung. Dia duduk di sebelah lelaki itu yang masih termenung jauh. Apabila dirasakan katilnya diduduki seseorang, Taehyung kembali sedar dari lamunan singkatnya.

"Kau mimpi apa sampai berpeluh ni?" lelaki itu memerhatikan baju di bahagian tengkuknya yang sudah basah lencun denga juraian air peluh.

"Nothing," balas Taehyung, cuba berahsia.

"Mimpi ngeri lagi?" tanya lelaki itu kepada Taehyung, prihatin.

Taehyung berdiam diri. Dia kelihatan seperti tenggelam semula di dalam lamunannya. Lelaki itu mengeluh kecil. Melihat Taehyung yang berbeza dengan sikap kereknya membuatkan hatinya sedikit sayu. 

"Aku pun pernah mimpi ngeri," lelaki itu cuba mengembalikan Taehyung ke alam realiti. Dia mahu Taehyung menceritakan mimpinya itu agar lelaki itu berasa tenang.

"Ni bukan mimpi ngeri, Jimin," jelas Taehyung, perlahan.

Jimin mengerutkan kening. Jika bukan mimpi ngeri, kenapa Taehyung perlu berpeluh seperti sedang berada di larian marathon?

"Aku mimpi something yang real. Seseorang halang aku untuk balik ke sekolah. Why?" Dengan keadaan yang keliru, Taehyung kembali cuba meraih kembali ingatannya.

"Maksud kau?" Jimin kelihatan tertarik dengan penerangan Taehyung. Dalam diam, dia mengharap agar Taehyung mendapat semula memorinya yang hilang.

"Aku rasa macam ada something yang tak kena pada sekolah tu. Something yang misteri. Something yang perlu aku rungkaikan," semangat yang ada pada Taehyung ketika itu berjaya membuatkan Jimin tersenyum.

Semangat penyiasatan seperti inilah yang Jimin inginkan. Dia mahu lelaki itu kembali menyiasat dan mencari tahu pembunuh yang telah membunuh sembilan orang yang tidak bersalah.

"Kau nak aku tolong apa-apa ke?" Pertanyaan Jimin itu berjaya membuatkan Taehyung memandang lelaki itu dengan pandangan meminta jawapan.

Sedar akan kekhilafannya, Jimin terus mengukirkan sengihan paksa sambil menggosok belakang kepalanya. "Maksud aku, kau nak air?"

Taehyung ketawa kecil melihat Jimin yang kelihatan sedikit panik. "Tak payahlah. Aku nak sambung tidur."

"Okey. Selamat malam," ucap Jimin sebelum mengangkat punggungnya, meninggalkan Taehyung untuk menyambung tidurnya.

🔎

KEESOKANNYA,

Langkah kaki Taehyung menuju ke tepi almari berdekatan dengan pintu utama rumah. Kasut kanvas berwarna biru dicapai sebelum meletakkannya di atas lantai. Dia melabuhkan punggung di atas lantai yang tinggi sedikit dari lantai yang diletakkan kasutnya.

"Ayah! Tae pergi sekolah dulu!" Jerit Taehyung sambil menyarungkan kasut pada kaki kanan miliknya. Namun, tindakannya terhenti apabila tiada sahutan dari Inspektor Choi.

"Aik? Mana ayah ni?" Gumamnya perlahan. 

Kasut yang sudah disarungkan pada kakinya dibuka kembali. Dia terus berdiri dari duduknya lalu berjalan menuju ke bilik Inspektor Choi yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Kosong!

Lelaki itu tidak berada di situ. Taehyung mahu berlalu dari situ namun, matanya menangkap sebuah fail di atas katil bersaiz queen milik Inspektor Choi. Dia mengerutkan kening. Entah kenapa, fail itu begitu menarik perhatiannya.

Taehyung memerhati sekeliling sebelum masuk ke dalam bilik lelaki tua itu. Dia bergerak menghampiri fail itu lalu dipegangnya. Dengan debaran di dada, dia membuka fail itu dengan penuh hati-hati.

Perkara pertama yang dia nampak adalah sehelai kertas yang mengandungi semua maklumat tentang dirinya. Jelas terpapar sebuah gambar dirinya di sebelah kanan atas kertas tersebut. Di bawahnya, tertulis segala maklumat tentang dirinya.

Kim Taehyung. Seorang penyiasat. Mencari pembunuh sebenar bagi kes kematian beramai-ramai di sebuah sekolah. 

Nafas Taehyung kedengaran berat. Dia tercungap-cungap, mencari udara untuk dihirup. Rasa sakit di kepala yang mencengkam tiba-tiba menyebabkan dia terduduk di atas lantai. Perlahan-lahan, memorinya berhadapan dengan Luhan masuk ke dalam minda.

Taehyung cuba untuk mengawal dirinya agar tidak rebah di atas lantai. Dia bangkit berdiri sambil membawa fail itu di tangannya. Dia mahu mencari Inspektor Choi untuk mendapatkan penjelasan dari lelaki itu.

Kenapa sanggup lelaki itu menipu dirinya?  Bukankah perkara itu boleh membahayakan nyawa dia sendiri?

Dalam keadaan payah, dia berjalan keluar dari bilik itu. Dia melihat kawasan sekitar sambil matanya cuba menangkap figura milik Inspektor Choi. Namun keberadaan lelaki itu tidak kelihatan.

Bunyi keriukan pintu di hadapan mengejutkan Taehyung. Matanya terus dilarikan ke arah pintu masuk rumah. Kelihatan Inspektor Choi sedang berdiri sambil memegang satu bungkusan yang berisi makanan untuk makan pagi.

"Kau belum pergi sekolah?" Tanpa menyedari apa-apa, lelaki itu bertanya sambil menanggalkan kasut dengan sebelah tangan.

Taehyung memandang lelaki itu tanpa berganjak walau seinci pun. Dia masih kekal berdiri sambil memerhati setiap gerak-geri lelaki tua itu.

Inspektor Choi yang menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada ketika itu mengangkat wajah. Mata Taehyung yang berair itu menarik perhatian lelaki tua itu. Kemudian, matanya jatuh ke arah fail dalam pegangan Taehyung.

Air liur ditelan kesat. Adakah Taehyung sudah meraih segala ingatanya kembali?

"Aku boleh explain," jelasnya tidak mahu Taehyung dikawal emosi.

BERSAMBUNG
Jadi, lepas Taehyung tahu yang dia ditipu. Apa yang akan berlaku? Stay tuned for next chapter, okey?

Jack The Ripper Clone (✔)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن