CHAPTER 024

123 18 0
                                    

Pintu bilik diketuk dari luar. Luhan memulas tombol pintu setelah mendapat keizinan dari orang di dalam. Apabila pintu dibuka, kelihatan seorang lelaki sedang duduk bersandar di atas kerusi sambil memandang ke arahnya: menanti Luhan masuk ke dalam bilik tersebut.

"Ada apa kau panggil aku?" Tanya Luhan apabila lelaki itu mengajaknya untuk berjumpa.

Walaupun dia sudah mengetahui tujuan lelaki itu memanggilnya, namun dia mengharapkan supaya lelaki itu tidak bertanyakan Taehyung. 

"Aku yakin kau tahu the reason aku panggil kau kemari," ujar lelaki itu membuatkan Luhan terus menundukkan pandangannya ke lantai.

Dia tidak berani bertentangan mata dengan lelaki itu. Matanya yang tajam menikam itu mampu membuatkan jantung Luhan berdegup kencang. Walaupun mereka sudah beberapa kali bertemu, namun itu semua tidak menghilangkan ketakutan yang dirasakan oleh Luhan.

Bunyi kerusi diseret diikuti dengan tapak kaki berjalan, perlahan menyapa deria pendengaran. Luhan menanti lelaki itu dengan penuh debaran di dada. Dia langsung tidak berani mengangkat muka, menatap wajah seram milik lelaki itu.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang dia penyiasat tu?" tanya lelaki itu dengan nada suara yang keras bererti dia benar-benar serius.

Luhan masih berdiam diri.

"Kau tak nak dia mati, kan?" Perkataan mati yang ditekankan lelaki itu berjaya membuatkan Luhan mengangkat wajahnya. 

"Aku minta maaf. Aku takde niat pun nak rahsiakan dari kau. Aku buat semua ni sebab identiti kau dalam bahaya," balas Luhan, berusaha sebaik mungkin agar lelaki itu mempercayai kata-katanya kali ini.

"Kau ingat aku bodoh?" Seperti yang sudah dijangka, lelaki itu dapat menghidu pembohongannya.

Tanpa disangka, rahang Luhan dicengkam. Dia menatap tajam anak mata Luhan. Mereka bertatapan buat seketika sebelum lelaki itu berbisik di hadapan muka Luhan.

"Kalau kau cuma nak selamatkan nyawa dia, jangan mimpi aku akan lepaskan kau. Aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau," Keras dia memberi amaran.

Lelaki itu melepaskan cengkamannya pada rahang Luhan. Dia mendengus kasar. Luhan pula sekadar menikus di hadapan lelaki itu. Bimbang sekiranya lelaki itu bertindak di luar kawalan. Bukannya dia tidak ingat cara lelaki itu membunuh kumpulan Seventeen beberapa bulan yang lepas.

"Dan kau! If kau ditahan, aku takkan teragak-agak bunuh dia jugak!"

Luhan meneguk liur apabila mendengarkan ayat itu dituturkan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu risau sekiranya identitinya terbongkar. Begitu juga dengan Luhan. 

"Dia takkan kembali," ujar Luhan perlahan, antara dengar dengan tidak.

🔎

Taehyung membuka matanya dengan perlahan-lahan. Anak matanya mengecil apabila disirami cahaya lampu dari pendarfluor. Dia cuba membiasakan matanya dengan mengerlipkan beberapa kali.

Sesusuk tubuh merehatkan kepala di atas katil dipandang dengan kerutan di dahi. Rambut yang menutupi wajah menyukarkan dia untuk mengecam lelaki itu.

Tiba-tiba pintu ward dibuka dari luar. Dia terus memandang ke arah pintu. Kelihatan seorang nurse perempuan menghampirinya yang masih berbaring di atas katil.

"Kamu dah sedar?" Nurse itu bertanya.

"Saya kat mana? Apa yang berlaku?" Tanya Taehyung beberapa kali dengan wajah yang meminta sebuah jawapan pasti.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now