CHAPTER 018

281 27 0
                                    

Malam itu, para pelajar diminta untuk kembali ke khemah masing-masing lebih awal dari semalam. Mereka diminta untuk tidur awal. Kata Cikgu Hyuk, malam esok mereka akan membuat jamuan makan besar-besaran sehingga larut malam. Maklumlah, esok merupakan malam terakhir bagi aktiviti perkhemahan.

Taehyung duduk di sudut khemah. Sambil itu, dia memusingkan telefon pintar - menunggu pesanan mesej daripada Inspektor Choi. S.Coups dan J-Hope telah lama melelapkan mata. Siap berdengkur lagi, tau!

"Kau tak nak tidur lagi ke?" tanya Jin apabila melihat Taehyung yang masih duduk-duduk di sudut khemah berdekatan dengan beg galas. Malah, pakaian pun masih belum ditukar.

"Aku tak boleh tidurlah. Entahlah, aku rasa macam berdebar pulak!" Di akhir ayat, lelaki itu tergelak kecil.

"Kau bawa telefon?" tanya Jin, terkejut tatkala matanya terpandang alat peranti moden yang berada di tangan lelaki itu.

Taehyung tersengih.

"Kalau cikgu dapat tahu, mati kau!" kata Jin. Lagaknya seperti seorang pengawas sekolah yang amat setia dengan peraturan.

"Aku terbawa. Tak perasan pula!" bela Taehyung. Dia sengaja menipu. Jikalau Jin mengetahui muslihatnya, terbongkarlah identiti yang selama ini disimpan.

Jikalau itu terjadi, silap haribulan dia pula yang menjadi mangsa pembunuhan. Tambahan pula, dia tidak mengetahui identiti pembunuh yang sebenar. Semua pelajar dalam sekolah itu tidak boleh dipercayai.

"Okeylah. Aku tidur dulu. Kau jangan tidur lewat sangat," pesan Jin seraya tangannya menepuk-nepuk bantal - bersedia untuk tidur.

"Baiklah, bos Jin."

Jin tersenyum mendengar Taehyung memanggilnya bos. Kemudian dia merebahkan kepalanya ke atas bantal yang empuk dan terus memejamkan mata. Beberapa saat kemudian, dia terlena dibuai mimpi indah.

Telefon pintar bergetar menandakan ada mesej masuk. Terus dia membuka mesej yang dihantar oleh seseorang kepadanya.

Today, 7 July, 12.03 a.m: BunnyCat

Kawan kau dah tidur? Aku dah sampai kat sini. Kau pun bolehlah bergerak sekarang. Cepat sikit datang sini.

Dia menaip laju membalas mesej yang dihantar kepadanya.

Today, 7 July, 12:04 a.m: Purplepink

Okey. Kau tunggu kat sana. Lagi 5 minit aku sampai.

Butang send ditekan. Dia tidak lagi menunggu maklum balas lelaki tua itu. Yang berada di fikirannya sekarang adalah bertemu dengan Inspektor Choi.

Dia mencapai kasut berwarna hitam berjenama Adidas di tepi beg galasnya. Dia menyarungkan kasut itu dalam keadaan tergesa-gesa. Nasib dia baik kerana tidak ada sesiapa yang berbaring di hadapan pintu masuk - memudahkan dia untuk keluar.

Dia keluar dari perut khemah. Udara segar dihirup terlebih dahulu sebelum matanya memerhati - melihat-lihat sekiranya ada pelajar yang berada di luar khemah. Sama ada yang mahu pergi ke tandas atau belum masuk tidur. Nampaknya line clear!

Dia terus bergerak menuju ke tandas yang dijanjikan dengan Inspektor Choi. Tandas itu terletak sedikit jauh dari khemah guru-guru dan pelajar-pelajar. Taehyung tidak mahu sesiapa mengetahui pertemuannya dengan Inspektor Choi pada malam ini.

Kalau ada yang tahu pertemuan mereka, pasti identiti dia dan Inspektor Choi sebagai Kim Suk itu akan terbongkar. Bahaya, tau!

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now