CHAPTER 032

78 12 0
                                    

KEESOKANNYA,

Taehyung berjalan di koridor dengan langkah yang deras. Matanya cuba mencari kelibat S.Coups. Dia mahu menanya sedikit sebanyak tentang identiti seorang lagi pembunuh kerana dia yakin ketua pembuli itu pasti mengetahui identiti tersebut.

"Hey, Taehyung!" Seorang lelaki yang tidak asing lagi dengannya muncul di sebelah. Bahu kanannya dirangkul.

Taehyung terus memandang ke arah gerangan lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman, paksa. "Kau buat apa kat sini, Jin?"

Jin mengerutkan kening. Rangkulannya juga dilepaskan dari bahu lelaki itu. "Kau tak suka jumpa aku ke?"

Taehyung tersedar yang tindakannya itu boleh mengundang ketidakselesaan kawannya itu. Dia bukanlah tidak suka Jin menyapanya, namun tumpuannya kepada S.Coups sedikit terganggu.

Dia mahu mencari S.Coups terlebih dahulu. Dia mahu lelaki itu menceritakan perkara sebenar kepadanya.

"Takdelah. Aku cuma terkejut. Haha!" Gelak ketawa Taehyung jelas dibuat-buat.

"Aku ternampak kau. Saja tegur. Yalah, dah lama tak jumpa kau sejak kau keluar dari hospital," balas Jin, kembali ceria.

"Aku sihat. Macam yang kau tengok sekarang ni," Taehyung membalas senyuman manis lelaki itu.

"Okeylah. Aku pergi masuk kelas dulu. Bye, Taehyung!" Terus lelaki itu berlari menuju ke arah seorang lagi kawan rapatnya, yang sama kelas dengannya.

Taehyung ketawa melihat telatah Jin yang seakan kebudak-budakan itu. Dia menggelengkan kepalanya tanpa sedar.

"Sukanya dia," suara S.Coups mengejutkan Taehyung. Dia terus berpaling ke belakang.

S.Coups sedang berdiri di belakangnya sambil beg galas berwarna hitam dipegangnya dengan dua jari pada bahagian badannya. Kaki baju sekolahnya dibiarkan terkeluar dari seluar. Lengan baju pula dibiarkan tidak berbutang.

"Kau dah ingat, kan?" Pertanyaan S.Coups itu mengejutkan Taehyung.

Dia memandang lelaki itu, tidak percaya. "Tak payah buat muka terkejut. Aku tahu yang ingatan kau dah pulih."

"Macam mana kau tahu?" Tanpa berselindung, Taehyung terus bertanya akan kekeliruannya.

"Luhan kena tangkap semalam. Sebab kau, kan?" Cepatnya berita tersebar!

"Luhan takkan masuk penjara tanpa bukti," jelas S.Coups berdasarkan logik akal.

"Macam mana kau tahu yang Luhan ditangkap?" Tanya Taehyung lagi. Setahunya, berita itu tidak dimaklumkan kepada pelajar lain.

Dia pasti yang berita itu dirahsiakan. Hanya guru sahaja yang diberitahu tentang perkara ini kerana Luhan merupakan salah seorang pelajar di Estin Highschool. Bagaimana berita ini boleh sampai ke pengetahuan S.Coups?

"Aku dengar cikgu kat bilik guru bercakap pasal Luhan tadi," balas S.Coups, cukup membuatkan Taehyung faham.

"Kenapa kau masih pretend jadi budak sekolah? Nyawa kau berada dalam bahaya. Pembunuh yang kau tak kenal tu masih ada kat sini. Tunggu masa untuk bunuh kau je," tanya S.Coups sambil matanya melihat kawasan sekeliling yang sudah berkurang dengan para pelajar sekolah itu.

Nasib koridor itu tidak dipenuhi dengan pelajar. Jika tidak, mati S.Coups dibuatnya. Waktu itu adalah waktu pelajar memasuki kelas sebelum memulakan kelas pagi. Jadi, wajarlah pelajar kurang berkumpul di loker masing-masing.

"Aku nak berhadapan dengan dia," kata Taehyung, yakin.

Jika dia tidak boleh menangkap lelaki itu dalam keadaan dia sebagai penyiasat, dia mahu menangkap pembunuh itu dalam identitinya sebagai pelajar di Estin Highschool.

"Kau dah selalu berhadapan dengan dia," kata-kata S.Coups yang perlahan itu kedengaran kurang jelas pada pendengaran Taehyung.

"Apa?"

S.Coups tersentak. Terus dia menggosok belakang kepalanya, perlahan. Sengihan terukir pada wajahnya. Gelengan kepala beberapa kali terus diberikan sebagai jawapan.

"Okeylah. Aku masuk kelas dulu," cepat-cepat S.Coups mahu meninggalkan Taehyung di koridor itu.

Namun, langkah S.Coups mati apabila Taehyung memegang kejap lengannya. S.Coups terkejut sebelum memandang wajah Taehyung yang memandangnya dengan wajah yang serius.

"Kau tahu siapa pembunuh tu, kan? Bagi kerjasama. Aku nak tahu identiti dia," kata Taehyung dengan lagak seorang penyiasat.

"Sorry. Aku dah lewat," terus direntap tangannya dari pegangan Taehyung. Lelaki itu terkedu sebelum hanya membiarkan kelibat S.Coups meninggalkan dia keseorangan di situ tanpa petunjuk.

"Kenapa masih nak berahsia?" Tanya Taehyung kepada dirinya sendiri. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Rasa kesal dengan sikap S.Coups yang sama seperti Luhan, membiarkan pembunuh itu bermaharajalela di sekolah.

🔎

"Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Pastikan kamu semua siap kerja cikgu sebelum selasa, tau!" Pesan Cikgu Yoo sambil memasukkan barang-barang mengajar ke dalam beg hitam miliknya.

"Baik, cikgu!" Sahut para pelajar serentak. Sahutan itu mengundang senyuman di bibir Cikgu Yoo.

"Perhatian kepada semua pelajar. Diminta semua pelajar berkumpul di Dewan Starlight selepas rehat. Sekian," suara dari corong besar yang terletak di dalam setiap kelas mula kedengaran.

Setelah pengumuman dibuat, para pelajar mula berbisik sesama sendiri. Riuh satu bilik darjah dengan pertanyaan dari pelajar kepada Cikgu Yoo. Namun, guru itu tidak mengetahui apa-apa tentang arahan yang menyuruh mereka berkumpul di dewan. Taehyung pula masih kekal berdiam diri sambil sesekali matanya mengerling ke arah meja Luhan yang kosong.

"Okey, pelajar semua! Kamu semua boleh pergi rehat dulu. Nanti lambat pula nak berkumpul di dewan," ujar Cikgu Yoo apabila terus didesak para pelajar untuk memberitahu sebab mereka perlu berkumpul sebentar nanti.

Cikgu Yoo terus berlari menuju ke bilik guru sebelum dikejar oleh beberapa orang pelajar dari belakang. Sesetengah pelajar mengambil sikap tidak peduli terhadap pengumuman sebentar tadi. Mereka hanya fikirkan perut mereka yang diminta isi. Kini, hanya tinggal Taehyung, S.Coups, Joshua dan Mingyu sahaja yang berada di dalam kelas.

Joshua dan Mingyu hanya mengikut S.Coups. Jika lelaki itu pergi ke kantin, mereka juga akan mengikut langkah lelaki itu. Jika lelaki itu memilih untuk berada di dalam kelas, mereka hanya menurut.

"Tae, kenapa Luhan tak datang?" Tanya Joshua yang baru sahaja mengangkat kepalanya dari atas meja.

Mendengarkan soalan itu, Mingyu juga mula berminat untuk mengetahui ketiadaan Luhan pada hari itu. Lelaki itu terus mengangkat kepalanya dari terus membaca komik. Pandangan mereka berdua membuatkan Taehyung berasa sedikit kekok.

"Er, maybe tak sihat. Aku tak tahu," jelasnya, sedikit gagap.

"Hurm. Kesian Luhan," ujar Joshua kembali merebahkan kepalanya ke atas meja. Mingyu juga kembali membaca komiknya.

Kesian Luhan? Bukankah dia pembunuh itu? Mungkinkah Joshua belum mengetahui identiti sebenar lelaki itu? Jadi, hanya S.Coupslah yang mengetahui identiti sebenar Luhan?

Taehyung memandang ke arah S.Coups menyebabkan mata mereka berdua bertembung buat seketika sebelum S.Coups sendiri yang mengalihkan matanya ke lain. Taehyung mengeluh kecil. Baginya, pembunuh itu benar-benar sukar untuk ditangkap!

BERSAMBUNG
Siapa agaknya pembunuh tu? S.Coups ke? Btw,enjoy!

Jack The Ripper Clone (✔)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora