CHAPTER 025

143 19 0
                                    

"Kau dah bersedia?" Suara seorang lelaki dari belakangnya menyedarkan dia yang mengelamun pendek itu.

"Kalau aku tak nak buat perkara ni, macam mana?" Pertanyaan dari Luhan berjaya mengubah riak wajah lelaki itu.

"Why? Kau sanggup tengok mak kau mati?" Lelaki itu sengaja menggunakan perkataan kasar agar Luhan faham akan maksud yang cuba disampaikannya.

Luhan terus menikus apabila orang tuanya disebut. Dia menunduk, memandang ke atas lantai, tidak berani bertentang mata dengan lelaki itu.

"Duit yang aku bagi tu bukan free," kata lelaki itu bergerak menghampiri Luhan.

"Dorang tak salah. Benda ni salah! Kau cikgu, kau mesti tahu perkara yang salah!" Entah datang dari mana keberanian itu, Luhan mula meninggikan suaranya.

Pandangannya tajam menikam anak mata guru lelaki itu. Manakala, lelaki itu menghela nafas berat. Dia langsung tidak melarikan anak mata dari pandangan Luhan.

"Bila semalam kau dah terima duit tu, automatik kau dah jadi rakan subahat. Polis tetap akan tangkap kau dan mak kau akan mati."

Dialog terakhir lelaki durjana itu berjaya mengejutkan Luhan dari tidurnya. Dia terus bangun dari pembaringan. Nafasnya tercungap-cungap. Peluh jantan membasahi dahinya.

Kejadian beberapa bulan lepas menggamit memorinya. Seringkali ia hadir, menghantui dirinya yang selalu berada dalam keadaan serba salah dan ketakutan. Dalam keadaan memeluk kedua-dua belah lutut, dia menyembamkan wajahnya di antara dua lutut tersebut.

Suasana sunyi mula menyelubungi dirinya pada malam itu. Hanya bunyi rintikan hujan kedengaran menjadi latar belakang suasana ketika itu. Tidak lama selepas itu, tangisan kecil kedengaran bersatu dengan bunyi rintikan hujan.

Dalam keadaan begitu, dia menangis semahu-mahunya. Sejak kejadian itu, dia tahu bahawa dia tidak akan boleh berpatah balik. Nyawanya juga boleh dijadikan taruhan. Rasa bersalah yang menghimpit dirinya menyebabkan dia tidak pernah membuka mulut kepada sesiapa pun.

Disebabkan itu jugalah, dia sanggup dibuli oleh S.Coups. Dia tidak pernah sesekali menceritakan ugutan dan kelakuan S.Coups terhadap dirinya kepada lelaki durjana itu.

Dia tidak mahu S.Coups menerima nasib yang sama seperti rakan-rakannya yang lain. Dia tidak mahu lelaki durjana itu bunuh lebih ramai orang yang tidak bersalah.

🔎

S.Coups melewati bilik Taehyung. Dia memerhati keadaan sekeliling sebelum menjengukkan kepalanya pada cermin berbentuk segi empat yang menembus ke dalam bilik itu.

Kelihatan Taehyung sedang tidur di atas katil. Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki yang agak berusia membelakangi S.Coups. Dia datang untuk memastikan keadaan lelaki itu.

"Kau buat apa kat sini?" Suara seseorang yang tidak dikenali menyapanya.

S.Coups membetulkan topi hitam di atas kepala, cuba menutup separuh wajahnya. "Salah bilik."

Setelah berkata sedemikian, dia terus berlalu pergi dari situ. Namun belum sempat dia berjalan lebih jauh, lengannya dipegang kejap oleh lelaki itu.

"Kau kawan Taehyung, kan?" Soalan yang tidak disangka itu menyebabkan S.Coups mengangkat wajahnya.

Wajah Jimin menyapa pandangan S.Coups. Lelaki itu mengukirkan senyuman manis ke arah S.Coups. Nampaknya lelaki itulah yang diperkenalkan sebagai abang oleh Taehyung.

"Taehyung perlukan rehat. Jangan risau, dia selamat. Malah dia pun dah sedarkan diri," jelas Jimin masih tersenyum.

"Aku pergi dulu," sahut S.Coups terus berlari meninggalkan Jimin.

Manakala Jimin pula terkedu dengan reaksi lelaki itu. Tindakan lelaki itu yang melarikan diri mengelirukannya.

Lelaki itu juga kelihatan lebih sopan berbanding hari pertama mereka bertemu. Seolah-olah dia bukan ketua pembuli yang sering mencari masalah dengan pelajar lain.

Jimin melepaskan keluhan kecil. Pintu ward dibuka dari luar, mengejutkan Inspektor Choi yang terlena di sebelah Taehyung.

"Maaf. Aku tak berniat nak kejutkan kau," balas Jimin berjalan menghampiri lelaki itu dan Taehyung.

"Kau dari mana?" Inspektor Choi melihat ke arah plastik yang dipegang lelaki itu.

"Aku beli sedikit makanan dan minuman untuk kau dan Taehyung. Malangnya Taehyung pula tidur," jelas Jimin seraya plastik itu diletakkan di atas meja.

Inspektor Choi sekadar menganggukkan kepala. Jimin pula melabuhkan punggung di atas sebuah lagi kerusi berhadapan dengan lelaki tua itu. Wajah Taehyung dipandang sebentar. Begitu lena lelaki itu tidur.

"Tadi aku terserempak dengan seseorang kat depan ward ni," Jimin memulakan bicara.

"Siapa?" Kebimbangan jelas terserlah pada wajah lelaki tua itu. Dia menanti jawapan dari mulut Jimin, mengharapkan lelaki yang mengintai itu bukan sesiapa.

"Rakan sekolah Taehyung. Aku ajak dia masuk tapi dia tolak. Mungkin sibuk," jelas Jimin tanpa menceritakan perkara sebenar.

"Syukurlah," perlahan lelaki itu berkata. Dia bimbang sekiranya orang yang mencederakan Taehyung mencari peluang untuk menamatkan riwayat lelaki itu tatkala dia terleka dengan keadaan sekeliling.

BERSAMBUNG

Kawan-kawan. Chapter ni pendek sikit tau sebab tiba-tiba saya tak boleh nak fikir apa yang jadi seterusnya. Sorry. Apa-apapun enjoylah ye. :)

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now