SPECIAL CHAPTER

15 0 0
                                    

Chapter ni menceritakan tentang Cikgu Hyuk. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui sebab Cikgu Hyuk bunuh beberapa pelajar di Estin Highschool, bolehlah baca chapter ni. Adakah dia bunuh kerana dendam atau sekadar suka-suka? Semuanya akan terjawab di sini.
.
.
.
.

Seorang lelaki yang berbadan besar memukul Hyuk. Pukulan tersebut mengena perut, pipi dan rusuk kirinya. Dia mengerang kesakitan, memohon agar lelaki itu berhenti dari menumbuknya. Namun, lelaki itu bagaikan kerasukan. Dia tetap meneruskan pukulan sehingga Hyuk tidak berdaya untuk menghalang perbuatannya.

"Lembiklah kau ni. Hahaha!" Ketawa lelaki itu terletus disahut bersama kawan-kawannya. Dia berhenti dari menyepak rusuk kiri lelaki itu.

Dia duduk mencangkung di hadapan Hyuk yang kini bersandar di tepi dinding. Bajunya basah dengan darah. Matanya mula kabur. Wajah lelaki itu tidak jelas pada pandangannya.

"Siapa kau nak bagitahu cikgu yang aku luangkan masa dengan Jia?" Sambil itu, dia merentap rambut Hyuk supaya memandangnya.

Hyuk merintih, kesakitan.

"Kau salah pilih lawanlah, budak lembik!" Pipi Hyuk ditampar, perlahan.

Lelaki itu bangun dari mencangkung. Matanya belum lepas dari memandang Hyuk. Jika diikutkan marah, mahu sahaja dia humban Hyuk dari atas rooftop ini.

"Kalau kau cari pasal dengan kami lagi, siap kau aku kerjakan! Lebih teruk dari ni tau," ugut lelaki itu. Sempat lagi, dia meludah liurnya tepat di sebelah Hyuk.

"Blah, geng. Lelaki ni confirm serik lepas ni," arah lelaki itu kepada beberapa kawannya yang mengelilingi Hyuk. Mereka terus berlalu dari situ.

Setelah kelibat mereka semua berlalu pergi, Hyuk terus membaringkan tubuhnya di atas lantai. Dia memejamkan matanya. Apalah nasibnya hari ini? Dipukul bertubi-tubi oleh lelaki berbadan sasa itu?

Hyuk berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah. Beg galas yang dijinjing dipegang kemas. Jantungnya berdegup kencang tatkala dia dapat lihat rumahnya yang berdiri megah di hadapannya.

Dia meneguk liur yang terasa pahit. Lambat-lambat dia berjalan menghampiri pagar rumah yang tertutup rapat. Sebelum itu, dia menghembuskan nafas: mengambil kekuatan.

"Saya dah balik!" Ujar Hyuk sambil membuka pagar berwarna hijau itu, luas.

Seorang lelaki yang berada di atas bangku panjang di hadapan pintu rumah menyapa pandangan. Lelaki itu mencerlung tajam ke arahnya.

Dalam keadaan terhuyung-hayang lelaki itu bergerak ke arahnya yang kaku berdiri. Di tangan lelaki itu ada sebotol arak yang sudah kosong.

"Baru balik?"

Hyuk meneguk liurnya yang terasa berpasir apabila melihat ayahnya berdiri di hadapannya. Setiap kali pulang ke rumah, pasti lelaki itu akan menghabiskan masa dengan minum soju di hadapan rumah.

"Tu, tu! Kamu bergaduh lagi, kan?" Tangan lelaki tua itu menunjuk ke arah kesan luka pada wajah Hyuk.

Dengan mata yang kuyu, lelaki tua itu berjalan menghampiri Hyuk yang masih berdiri kaku di hadapan pagar.

"Kau ni tahu nak bergaduh je!" Tangannya terus diangkat: mahu memukul lelaki itu.

Hyuk mengaduh kesakitan tatkala pukulan bertubi-tubi mengena tubuhnya. Bukan dengan itu sahaja, lelaki tua itu terus membuka tali pinggangnya lalu memukul kaki Hyuk sehingga lelaki itu jatuh terduduk.

Perkataan maaf keluar dari mulut Hyuk. Dia berterusan memohon supaya tindakan memukulnya dihentikan. Perit, pedih dan sakit bercampur menjadi satu. Air matanya gugur apabila rayuannya diendahkan.

"Sini kau!" Kolar baju Hyuk direntap kasar. Dia mengheret lelaki itu masuk ke dalam rumah. Lalu menolak tubuh kurus lelaki itu ke penjuru dinding.

Libasan tali pinggang terus kedengaran diselang-seli dengan bunyi jeritan kesakitan.

BERSAMBUNG
.
.

Sambungannya akan saya publish apabila mendapat sambutan dari pembaca. Jika tidak, cerita tentang Cikgu Hyuk akan berhenti di sini dan biarlah hanya saya (penulis) sahaja yang mengetahui punca Cikgu Hyuk membunuh.


Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now