CHAPTER 007

378 37 3
                                    

KEESOKANNYA,

Berpusu-pusu pelajar berlari menuju ke sesebuah tempat yang dia sendiri tidak tahu kemana. Taehyung yang baru sahaja sampai ke sekolah dihambat perasaan pelik dengan kelakuan pelajar yang tergesa-gesa berlari menuju ke sesuatu tempat. Mengapa ramai pelajar yang berpusu-pusu menuju ke arah timur blok? Dia yang tidak tahu apa-apa itu sekadar mengikut para pelajar menuju ke sana. Ketika dia sampai di tempat kejadian, dia mendapati ramai pelajar perempuan menekup mulutnya: air mata mengalir di pipi mereka. Wajah mereka jelas menampakkan bahawa mereka berada dalam ketakutan. Tidak kurang juga yang mula menjerit histeria kerana ketakutan. Ada yang berbisik: mula membuat spekulasi sendiri. Suasana jadi tidak tentu arah.

Bahu lelaki yang berada di sebelahnya dicuit untuk menarik perhatian. Lelaki yang berada di sebelahnya memandang ke arah Taehyung. “Boleh saya tahu, apa yang sedang berlaku sekarang ni?” tanya Taehyung.

“Kau tak tahu ke?” tanyanya menyebabkan Taehyung segera menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada soalan lelaki tersebut.

“Ada pembunuhan lagi yang berlaku. Baru je semalam. Tu yang kami bergegas ke sini,” terangnya. Taehyung yang mendengar itu nampak terkejut dengan apa yang disampaikan oleh pelajar tersebut.

“Berlaku lagi?” tanya Taehyung, perlahan: lebih kepada diri sendiri.

Taehyung tidak kekal di situ. Malah dia terus berjalan menuju ke hadapan. Dimana tempat kejadian berlaku. Dia terus bergerak, menyelusuri beberapa orang pelajar yang berebut-rebut untuk melihat dengan mata sendiri. Beberapa kali perkataan ‘tumpang lalu’ keluar daripada mulutnya bagaikan meminta izin untuk menuju ke tempat terjadinya pembunuhan tersebut. Setelah berhempas-pulas menuju ke hadapan: berebut dengan ramai orang, akhirnya dia sampai juga di sana.

Kelihatan mayat seorang pelajar lelaki tergantung di kipas dengan wajah yang terjelir lidah. Di bawahnya terdapat sebuah kerusi dan meja yang sudah tidak tersusun dengan kemas. Kematiannya cukup mengerikan. Dengan matanya  yang hampir sahaja tersembul keluar. Badannya serta wajahnya penuh dengan darah.

Organ-organ dalamannya juga sudah dikeluarkan daripada badan. Satu garis panjang dari dadanya sehingga ke bawah pusatnya kelihatan terbuka. Yang tinggal hanyalah jasadnya yang kaku. Memang mengerikan cara kematian pelajar tersebut.

Caranya juga kelihatan sama seperti kematian pelajar beramai-ramai di bilik gym. Cuma hanya sedikit sahaja perbezaan pembunuhan kali ni dengan pembunuhan beramai-ramai yang menggunakan 90 peratus kaedah Jack The Ripper.

Taehyung memerhati sekeliling. Mencari-cari pembunuh sebenar yang mungkin berada dalam khalayak ramai ketika ini.

Tiba-tiba, pandangannya jatuh pada wajah Luhan. Jelas nampak riak wajahnya terkejut. Mulutnya ditekupkan dan matanya dipejam. Mungkin tidak sanggup untuk melihat mayat yang mati dengan sadis.

Kemudian, pandangannya mula jatuh kepada wajah S.Coups yang berdiri tidak jauh daripada Luhan. Dia nampak seperti relaks tapi cukup untuk menggambarkan yang dia juga nampak terkejut. Hanya daripada pandangan matanya sahaja Taehyung dapat menekanya.

“Apa yang berlaku ni?” tanya satu suara yang amat dikenalinya. Pandangannya jatuh pula pada pemilik suara tersebut yang cuba bergerak: melihat apa yang telah berlaku. Cikgu Hyuk!

Namun, cikgu Hyuk tidak berseorangan tetapi ditemani seorang guru lelaki yang turut dia kenali iaitu Sir N. Matanya singgah pada wajah Sir N. Jelas menampakkan yang guru sementara tersebut nampak terkejut dengan apa yang disaksikan di hadapan matanya. Mulutnya ditekup sebelum pandangan jatuh ke atas lantai seraya kepalanya digelengkan beberapa kali.

Cikgu Hyuk juga nampak terkejut lalu matanya segera dipejam rapat. Nampak seperti guru tersebut takut akan sesuatu. Mungkin beliau takut akan darah?

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now