CHAPTER 009

316 38 3
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN,

Taehyung berdiri di hadapan bangunan sekolah Estin Highschool. Di pagar, kelihatan beberapa orang pelajar berpusu-pusu untuk masuk ke dalam bangunan sekolah tersebut walaupun (mungkin) trauma mereka masih belum hilang. Memandangkan pengetua telah bagi cuti selama seminggu, para pelajar sudah nampak sedikit okey berbanding hari ketika kejadian tersebut berlaku.

Setelah Taehyung masuk ke dalam kawasan sekolah, dia segera menuju ke kelasnya. Hajatnya mahu bertemu dengan S.Coups. Mahu siasat lebih lagi tentang dirinya. Walaupun dia dah tahu tentang biodata S.Coups, namun sikap ingin tahunya akan apa yang menyebabkan si ketua pembuli itu menangis semakin membara dari hari ke hari.

Kelibat S.Coups yang baru sahaja keluar daripada tandas menyapa pandangan si penyiasat membuatkan Taehyung segera menuju ke arah ketua pembuli tersebut. Kelihatan hanya dia seorang sahaja. Tidak ditemani oleh sesiapa. Kelibat Joshua dan Mingyu juga tidak kelihatan bersama S.Coups.

“S.Coups, boleh kita berjumpa?” tanya Taehyung sebaik sahaja dia berada di hadapan si ketua pembuli. S.Coups yang ketika itu sedang menyinsing lengan bajunya kelihatan sedikit terkejut dengan suara dan kelibat Taehyung yang muncul secara tiba-tiba.

“Kau buat apa kat sini?” tanya S.Coups. Aktiviti menyinsing lengan baju yang tergendala sebentar tadi diteruskan kembali. Sesekali mata si ketua pembuli melirik ke arah Taehyung yang berdiri di hadapannya.

“Aku nak cakap sesuatu dengan kau,” ujar Taehyung dengan nada yang serius. Sekali lagi, aktiviti menyinsing lengan bajunya diberhentikan secara tiba-tiba.

“Serius je muka kau ni. Kenapa?” tanya S.Coups, tergelak kecil. Baginya wajah Taehyung nampak seperti lucu.

“Jangan main-main, boleh tak?” nada suara Taehyung sedikit tinggi menyebabkan gelak ketawa S.Coups terhenti.

“Okey. Okey. Ada apa, Kim Taehyung-sshi?” tanya S.Coups. Wajahnya nampak serius tetapi Taehyung tahu niat dalam hati S.Coups adalah untuk memerlinya.

“Kejadian pembunuhan hari tu. Kau kenal mangsa?” tanya Taehyung persis seorang penyiasat. Kerutan di dahi S.Coups mula kelihatan sebelum dia bersuara.

“Kenapa tanya pasal pembunuhan tu? Ni, ni. Kenapa nak kena tanya soalan macam aku disoal siasat pula?” tanya S.Coups.

“Jangan banyak tanya boleh, tak? Just jawab soalan aku. Siapa mangsa tersebut?” tanya Taehyung sekali lagi.

“Yalah,” balas S.Coups, malas. “Mangsa tu nama dia Kim Dong Hyuk. Dia antara pelajar nerd kat sekolah ni. Puas?” kata S.Coups sekaligus memberi sedikit maklumat kepada Taehyung.

“Kau pernah buli dia?” tanya Taehyung membuatkan S.Coups menjadi sedikit rimas.

“Kenapa nak tahu sangat ni? Rimaslah!” kata S.Coups tidak puas hati.

“Maaf. Maaf. Aku cuma nak tahu je. Mana tahu aku boleh tolong siasat tentang kes pembunuhan ni. Senang sikit kerja polis nanti,” balas Taehyung.

“Kau nak jadi penyiasat ke?” tanya S.Coups terus tergelak kecil. Baginya apa yang dikatakan Taehyung sebentar tadi tersangatlah lucu. Wajah Taehyung terus masam mencuka apabila dirinya digelak oleh si ketua pembuli.

Baru sahaja Taehyung mahu membalas kata, tiba-tiba mindanya teringat akan pertanyaan S.Coups yang ingin meminta pertolongan daripadanya. Disebabkan Taehyung sedikit sibuk pada waktu itu, dia tidak sempat untuk bertanya akan hal itu kembali kepada S.Coups.

“Jap!” kata Taehyung secara tiba-tiba membuatkan S.Coups mengerutkan keningnya.

“Kenapa?” tanya S.Coups.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now